Bersatu perlu beri tawaran jelas, ‘era bergantung undi protes sudah tamat’, kata Wan Saiful

Malah Bersatu perlu menjadi parti yang mempunyai solusi yang diyakini rakyat, parti yang berwawasan dan berprinsip

9:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu tidak boleh terus bergantung kepada undi protes sebaliknya perlu mempunyai naratif dan tawaran yang jelas kepada rakyat.

Ini kerana, kata calon Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, era undi protes sudah tamat malah Bersatu perlu menjadi parti yang mempunyai solusi yang diyakini rakyat, parti yang berwawasan dan berprinsip.

“Pelancaran dokumen ideologi Bersatu baru-baru ini yang berteraskan lima prinsip Idealisme Perjuangan iaitu Inklusif, Sederhana, Demokratik, Integriti dan Prihatin akan menjadikan parti wadah politik kanan pertengahan untuk semua rakyat Malaysia.

“Dokumen ini perlu dicerakinkan dan dihadamkan di segenap peringkat parti.

“Semua perkara yang saya sebut di atas memerlukan pasukan yang mantap untuk melaksanakan usaha-usaha yang tersusun,’’ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Saiful dalam pada itu, turut mengakui pernah mengintai jawatan Naib Presiden parti Bersatu, seperti yang disebut-sebut sebelum ini namun akhirnya memutuskan untuk mempertahankan kerusi MPT sahaja.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, sebagai salah seorang yang terlibat secara langsung dalam memberi mandat kepada presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyusun pelapis, Wan Saiful memilih untuk mempertahankan kerusi itu.

“Bersatu mempunyai potensi yang tinggi untuk mara ke hadapan dan mengambil alih amanah pemerintahan, bukan saja di Putrajaya tetapi juga di beberapa negeri.

“Pastinya masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memperkukuh parti dalam berdepan PRU dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Malahan, selepas ini tumpuan kita seharusnya bukan saja kepada pemerkasaan jentera pilihan raya, tapi juga kepada gerak kerja perkaderan, penerangan dan pengurusan parti,’’ katanya.

Wan Saiful akan mempertahankan jawatan MPT pada pemilihan parti berkenaan bagi 2024-2027. – 5 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related