Individu berkait GISBH di Selangor mungkin perlu jalani proses pemulihan akidah

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata tindakan sedemikian diambil selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang memutuskan GISBH serta rangkaiannya menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar

9:00 PM MYT

 

SHAH ALAM – Sebanyak 108 individu dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang sebelum ini ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mungkin perlu menjalani proses pemulihan akidah sebagai sebahagian daripada hukuman.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata tindakan sedemikian diambil selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang memutuskan GISBH serta rangkaiannya menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

“Semua yang ditahan sudah dijamin, jadi ada kemungkinan pemulihan akidah itu adalah sebahagian daripada hukuman selepas fatwa itu diwartakan kelak.

“Sebab kalau kita nak pulihkan akidah ia melibatkan kerelaan individu terbabit tetapi bagi mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas, kita kena ada asas untuk berbuat demikian seperti fatwa yang memutuskan mereka perlu dipulihkan, barulah mereka lalui proses tersebut,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penutup Festival Al-Barzanji dan Marhaban Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini hari ini. 

JAIS sebelum ini dilaporkan telah menahan 108 individu berkaitan dengan GISBH kerana disyaki terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah syariah merangkumi soal akidah, pungutan khairat tanpa kebenaran dan perkahwinan.

Sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan fatwa terkini diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor bahawa pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH dan rangkaiannya menyeleweng daripada akidah Islam sebenar.

Selangor Royal Office dalam kenyataan menerusi laman Facebook memaklumkan ini kerana pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah atau Zikir Agung, dibawa oleh Kumpulan Darul Arqam yang diputuskan menyeleweng daripada akidah Islam sebenar menurut Warta No 54 yang disiarkan pada 4 Feb 1993. – 5 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related