Selesai saman tertunggak JPJ, PDRM, baru layak Program Peralihan Lesen kelas B

Selain itu, orang ramai juga perlu bebas senarai hitam, sekatan urus niaga dan tidak disabitkan kesalahan berat di bawah Akta 333 JPJ

4:21 PM MYT

Ā 

KUALA LUMPUR ā€“ Orang ramai diminta selesaikan dulu saman-saman tertunggak sebelum layak menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, selain itu, mereka juga perlu bebas senarai hitam, sekatan urus niaga dan tidak disabitkan kesalahan berat di bawah Akta 333 JPJ.

ā€œSaya nak ingatkan kepada orang awam kalau ada yang mendapati lesen mereka sudah 10 tahun ke atas, tapi tidak layak dia harus menyemak semula saman tertunggak.

“Saman melibatkan JPJ dan PDRM, kena selesaikan dahulu saman tertunggak dan senarai hitam yang ada barulah sistem itu akan tukarkan kepada status layak,” katanya selepas Operasi Khas Kenderaan Perdagangan di Bangi hari ini.

Pada Rabu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, individu yang memegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 secara aktif selama sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut boleh memohon untuk menyertai Program Khas Peralihan LMM kelas B1 dan B2 kepada kelas B.

Beliau berkata, lesen itu tidak perlu aktif selama 10 tahun berturut-turut kerana ada beberapa kemungkinan lesen berkenaan tidak dapat diperbaharui ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19

ā€œSyarat itu dilonggarkan serta-merta iaitu tempoh LLM hanya perlu aktif dan mencukupi 10 tahun ke atas dan tidak perlu secara 10 tahun berturut-turut (diumumkan sebelum ini),” katanya.

Bagaimanapun ramai yang mengeluh kerana mereka tidak layak menyertai program berkenaan.

Dalam pada itu, Aedy berkata, lebih tiga juta pemegang lesen B1 dan B2 daripada jumlah keseluruhan seramai 9.31 juta orang, layak menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kepada kelas B. – 4 Oktober, 2024

Topics

Ā 

ā—‰ Hangat

RM13 bil Penang Mutiara Line LRT to boost connectivity, set for 2031 completion

The 29.5-kilometre line with 21 stations aims to enhance travel across Penang and drive economic growth

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

In latest book ā€˜Saving the Planetā€™, Nik Nazmi makes urgent call for climate action

New book offers a Malaysian perspective on the global environmental crisis, highlighting economic and social stakes of climate change

ā—‰ Related