‘Guru paling ramai palsukan MC’: Fadhlina anggap dakwaan tidak bertanggungjawab

Pada waktu ini terdapat lebih 400,000 guru di seluruh negara yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan integriti

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan pihak tertentu membuat dakwaan guru sebagai penjawat awam yang paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, dakwaan itu juga memberi persepsi negatif terhadap profesion guru.

“Kementerian mengambil serius satu laporan media baru-baru ini yang mengaitkan guru sebagai penjawat awam yang paling ramai memalsukan sijil cuti sakit.

“Dakwaan ini adalah tidak bertanggungjawab dan memberi persepsi negatif terhadap profesion perguruan.

“Pada waktu ini terdapat lebih 400,000 guru di seluruh negara yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan integriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, KPM juga mempunyai peraturan yang jelas bagi menangani isu tatatertib penjawat, selain pemantauan berterusan di setiap peringkat.

“Penjawat awam yang terbabit dalam sebarang salah laku akan dikenakan tindakan. Kementerian melaksanakan pelbagai usaha untuk memelihara kesejahteraan warga pendidik termasuk menerusi tujuh langkah bagi menangani beban tugas guru.

“KPM turut tekad untuk terus memartabatkan profesion keguruan. Profesionalisme guru mendidik anak bangsa perlu disanjung tinggi oleh seluruh lapisan masyarakat,” katanya.

Terdahulu Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
dalam kenyataan berkata guru kumpulan penjawat awam paling ramai memalsukan MC, selain ada dikesan sengaja memohon cuti kecemasan (EL) untuk kepentingan peribadi.

Cuepacs dilaporkan berkata, setiap tahun, kira-kira satu hingga dua peratus daripada 10,000 penjawat awam dikenal pasti memberi MC palsu, selain sengaja menggunakan cuti kecemasan semata-mata mahu melanjutkan tempoh bercuti. – 4 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related