50 pegawai imigresen terbabit ‘counter setting’ mungkin didakwa Oktober ini, kata Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, pihaknya juga akan mencadangkan beberapa kes untuk tindakan tatatertib oleh JIM terhadap kakitangannya

4:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seramai 50 suspek terdiri pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah ditahan berkaitan kegiatan ‘counter setting’ dan dijangka didakwa bulan depan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, pihaknya juga akan mencadangkan beberapa kes untuk tindakan tatatertib oleh JIM terhadap kakitangannya.

“Kita nak mendakwa (suspek yang ditahan) tetapi saya jangkalah mungkin dalam bulan 10 ini.

“Saya nak tengok adakah (siasatan) kita telah disiap dan kita kena bawa kepada pendakwa raya untuk keputusan mereka.

“Jadi kita akan cadangkan beberapa pertuduhan terhadap mereka dan tidak kurang juga di mana kes-kes yang dilihat boleh dibawa kepada pihak JIM untuk dicadangkan tindakan tatatertib juga akan dibuat kerana ramai kita telah tangkap iaitu 50 orang,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menjadi tetamu program Malaysia Hari Ini (MHI) di Bandar Utama hari ini.

Azam berkata, pertemuan juga akan diadakan dengan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berhubung cadangan tindakan tatatertib terhadap kakaktangan JIM yang terbabit dengan kegiatan ‘counter setting’.

“Saya ingin kongsikan bahawa saya akan berjumpa dengan Ketua Pengarah JIM yang baharu di mana kita ada lagi maklumat-maklumat yang saya rasa boleh dikongsi dengan pihak beliau untuk diambil tindakan dalaman oleh Unit Integriti beliau.

“Saya akan berbincang mengenai isu yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 dengan lebih lanjut berkait isu ‘counter setting’,” katanya.

Terdahulu JIM mengenalpasti 11 kelemahan utama yang membuka ruang kepada sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’ seperti didedahkan SPRM.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya telah meneliti cadangan penambahbaikan bagi memastikan jaminan keselamatan pintu masuk negara sentiasa dikawal rapi.

Sebelum ini Azam mendedahkan seorang pegawai penguatkuasa Imigresen ‘berpengaruh’ yang menjadi dalang utama sindiket membawa masuk warga asing menerusi ‘counter setting’ atau laluan kaunter khas dan mengawal hampir 50 pegawai lain, akan didakwa awal Oktober ini.

Beliau berkata, individu berusia awal 40-an itu telah berkhidmat dalam agensi tersebut sejak 20 tahun lalu dan ditahan bersama 49 pegawai lain atas kesalahan sama menerusi Op Setting yang dijalankan baru-baru ini. – 30 September, 2024

Topics

 

Hangat

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

[UPDATED] Batu Puteh RCI recommends criminal probe into Dr Mahathir

The RCI found that he did not involve the cabinet when informing Singapore that Malaysia will not pursue the ICJ's decision on the islet

Related