‘Ada pemimpin PAS gembira kekalahan Bersatu di PRK Mahkota’ kata Veteran Umno

Tidak salah membuat ramalan kerana ianya belum tentu betul. Tapi ramalan Annuar di Mahkota ternyata menjadi usaha untuk mensabotaj Bersatu, parti rakan kongsi PAS dalam PN

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota membuktikan PAS bukan parti yang boleh dijadikan sahabat dan dipercayai.

Bercakap kepada Scoop, Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub mendakwa sejak awal kempen, PAS sudah mensabotaj calon diletakkan Bersatu apabila menjangkakan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) hingga melemahkan semangat dan gerak kerja jentera PN.

“Ketika Bersatu dalam keadaan bersedih dengan kekalahan yang diduga dalam PRK Mahkota, ada pemimpin PAS yang bergembira dengan kekalahan itu.

“Sebelum penamaan calon di PRK itu, pemimpin berkenaan meramalkan PN akan kalah dengan majoriti lebih 20,000 undi.

“Secara kebetulan BN menang dengan majoriti melebihi 20,000 undi. Maka pemimpin itu (Tan Sri Annuar Musa) kemudian dengan bangganya mengatakan ramalannya tepat.

“Tidak salah membuat ramalan kerana ianya belum tentu betul. Tapi ramalan Annuar di Mahkota ternyata menjadi usaha untuk mensabotaj Bersatu, parti rakan kongsi PAS dalam PN.

“Ianya telah melemahkan semangat juang jentera Bersatu serta memperlekehkan parti itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pengerusi Muafakat Nasional yang juga ahli PAS itu sebelum ini meramalkan BN dijangka menang besar pada PRK DUN Mahkota sekali gus mengulangi kejayaan diperoleh di PRK Nenggiri.

Beliau berkata keyakinan itu hasil keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada November tahun lalu yang menunjukkan BN memperoleh lebih 16,000 undi sementara Pakatan Harapan (PH) memperoleh lebih 11,000 undi.

Keputusan PRK Mahkota semalam menyaksikan calon BN Syed Hussien Syed Abdullah menang dengan majoriti besar selepas memperoleh 27,995 undi menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar yang mendapat 7,347 undi.

Selain itu Mustapha berkata, walaupun ada rasa tidak puas hati dalam kalangan pimpinan Bersatu tapi mereka terpaksa menelan ‘kemarahan’ kerana bimbang dan takut PAS tidak membantu berkempen untuk calon mereka.

“Sedangkan PAS hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sewaktu membantu Bersatu berkempen.

“Status Annuar dalam Facebooknya yang dengan bangga mengatakan ramalannya tepat sudah jelas membuktikan PAS sedari awal menjangka PN akan kalah.

“Kalau di Nenggiri yang Annuar ramal boleh menang besar tapi PN kalah walaupun seluruh jentera PAS turut berkempen, maka buat apa bersusah-susah di Mahkota yang sudah pasti PN akan kalah?.

“Strategi makan sahabat yang dirancang oleh Annuar jelas membuktikan PAS bukan parti yang boleh dibuat sahabat dan dipercayai.

“Ibarat rakan kongsi berniaga yang hanya pentingkan keuntungan, bila tahu nak rugi tarik diri. Itulah PAS,” katanya. – 29 September, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related