Amanah desak BN tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor lepas menang DUN Mahkota

Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda berkata, mewujudkan kerajaan yang selari dengan Persekutuan di Johor bertujuan memastikan momentum perpaduan dan sokongan rakyat terus dikekalkan

2:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Amanah terus berharap agar Barisan Nasional (BN) dapat menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Johor selepas kemenangan besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda berkata, mewujudkan kerajaan yang selari dengan Persekutuan di Johor bertujuan memastikan momentum perpaduan dan sokongan rakyat terus dikekalkan.

Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda berkata, kemenangan pada PRK itu tidak terhasil begitu sahaja sebaliknya adalah usaha keras semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan. – Gambar Facebook Hasbie Muda, 29 September, 2024

“Kemenangan di Dun Mahkota adalah satu mesej jelas rakyat menolak politik fitnah dan adu domba yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN).

“Ini juga menunjukkan penerimaan berterusan rakyat kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memimpin Kerajaan Perpaduan.

“Kemenangan ini tidak terhasil begitu sahaja. Ia adalah usaha keras semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan.

“Diharap langkah seterusnya adalah mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang selari dengan Persekutuan di Johor bagi mengekalkan momentum perpaduan dan sokongan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kemenangan pada PRK itu tidak terhasil begitu sahaja sebaliknya adalah usaha keras semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya menyaksikan kesungguhan jentera pilihan raya dan kempen PH (Pakatan Harapan) terutamanya dari Amanah yang turun dari seluruh negara.

“Bergilir-gilir memastikan mesej perpaduan sampai ke seramai mungkin pengundi di DUN Mahkota,” katanya.

PRK Mahkota menyaksikan calon BN Syed Hussien Syed Abdullah menang dengan majoriti besar selepas memperoleh 27,995 undi menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar yang mendapat 7,347 undi.

Sebelum ini, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan membangkitkan bahawa
sudah tiba masanya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor bagi merealisasikan gabungan yang lebih mantap.

Aminolhuda berkata, ini kerana Johor satu-satunya negeri yang tidak menubuhkan Kerajaan Perpaduan selepas pembentukan kerajaan hasil kerjasama PH dan BN di peringkat pusat.

Kerajaan Perpaduan diwujudkan di peringkat Persekutuan dan di Pahang, Perak dan Selangor oleh gabungan PH-BN dan parti Sabah serta Sarawak selepas Pilihan Raya Umum 2022 dan PRN tahun yang sama.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor pada 2022, Umno menang 40 daripada 56 kerusi dengan PH terdiri DAP menang 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi. – 29 September, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related