GISB, anak syarikat tidak pernah bayar zakat: Lembaga Zakat Selangor

'Terdapat lebih 20 syarikat berkaitan GISB yang ada dalam senarai kami, yang kami semak tidak membuat sebarang bayaran zakat,' : LZS

2:20 PM MYT

 

SHAH ALAM Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan tidak pernah menerima sebarang jenis bayaran zakat daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Fikri Naim Harun berkata walaupun LZS pernah menjalankan dakwah kutipan zakat di GISB, namun sehingga kini belum ada sebarang pembayaran zakat yang direkodkan diterima daripada GISB dan anak syarikatnya.

“Terdapat lebih 20 syarikat berkaitan GISB yang ada dalam senarai kami, yang kami semak tidak membuat sebarang bayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor. Kami juga tidak dapat menentukan jumlah zakat yang GISB serta anak syarikat mereka perlu bayar, kerana tidak pernah menerima sebarang maklumat berkaitan aset serta liabiliti yang mereka ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Karnival Zakat Selangor 2024 di Dataran Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Mohd Fikri Naim berkata jumlah bayaran zakat perniagaan biasanya ditaksir selepas LZS menerima maklumat berkenaan aset yang dimiliki serta liabiliti yang ditanggung oleh syarikat berkenaan. 

Ditanya sama ada tindakan perundangan boleh dikenakan terhadap GISB kerana tidak membayar zakat, Mohd Fikri Naim berkata terdapat peraturan dan undang-undang di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, yang memperuntukkan hukuman penjara serta denda kepada pihak yang sengaja tidak membayar zakat kepada LZS.

Beliau berkata berdasarkan enakmen itu serta Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah (Negeri Selangor) 2012, mereka yang sengaja tidak membayar zakat atau sengaja tidak membayar zakat kepada LZS, boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000.

“Kalau ditanya adakah kami tidak boleh ambil tindakan kepada GISB kerana tidak membayar zakat? Kalau ikut enakmen, ya ada tetapi kami diamanahkan untuk berdakwah terlebih dahulu. Jadi, setakat ini pihak LZS akan terus menumpukan kepada usaha dakwah agar zakat dibayar secara sukarela dan ditunaikan atas kerelaan,” katanya.

Polis mengadakan serbuan Op Global pada 11 September terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB, kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan beberapa individu dikaitkan dengan GISB. – 28 September, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related