Polis jejak transaksi, aset GISBH: KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata proses berkenaan mengambil masa kerana bergantung kepada siasatan terhadap individu ditahan dan maklumat risikan yang diperoleh

5:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjejaki transaksi kewangan dan aset milik GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dalam negara, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata proses berkenaan mengambil masa kerana bergantung kepada siasatan terhadap individu ditahan dan maklumat risikan yang diperoleh.

“Proses menjejaki dana milik GISBH sedang berjalan termasuk mengesan akaun beberapa syarikat berkaitan serta akaun peribadi milik individu tertentu sama ada ahli GISBH atau orang luar.

“Setakat ini, sebahagian besar aset GISBH sudah disita melalui serbuan-serbuan yang dijalankan sebelum ini menerusi Fasa 1 hingga Fasa 4, baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Razarudin berkata hasil pemantauan mendapati hampir semua premis berkaitan GISBH tidak lagi beroperasi susulan serbuan besar-besaran dijalankan, selain dipengaruhi pendedahan kegiatan organisasi itu oleh sebuah akaun media sosial yang mendakwa terlibat dalam membuat kajian ajaran sesat.

“Susulan pendedahan itu, kepercayaan masyarakat semakin terhakis dan kita percaya selepas itu perniagaan rangkaian GISBH mula merudum. Polis sedang mengumpul seberapa banyak maklumat bagi melengkapkan siasatan selain mengalu-alukan sebarang laporan daripada bekas ahli GISBH dan mangsa,” katanya.

Pada 23 Sept lepas, Razarudin dilaporkan berkata sebanyak 138 akaun berkaitan GISBH dibekukan membabitkan wang berjumlah RM882,795.94. Selain itu, 15 lagi akaun telah ditutup manakala 22 kereta pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM1,872,085 serta 14 lot hartanah yang nilainya masih dalam siasatan, turut dibekukan.

Dalam perkembangan lain, Razarudin mengesahkan individu penting yang dipercayai berperanan menguruskan aliran wang GISBH ditahan dalam Op Global Fasa 4 di Butterworth, Pulau Pinang, Sabtu lepas.

“Siasatan susulan masih dijalankan terhadap individu itu bersama beberapa pemimpin lain termasuk meneliti segala akaun berkaitan dengannya dan kita akan jejak segala bentuk transaksi yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan GISBH,” katanya. – 27 September, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related