Pertemuan Datuk Bandar dengan KLRA + SD dijadual Oktober ini, bincang pembangunan KL

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali gus menafikan dakwaan tiada maklum balas diberikan kepada KLRA + SD berhubung pertemuan tersebut

8:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertemuan antara Persatuan Kebajikan Kelestarian Komuniti Kuala Lumpur (KLRA + SD) yang mewakili 74 persatuan daripada 10 konstituensi penduduk sekitar ibu kota, dijadualkan bulan hadapan bagi tujuan kunjungan hormat dan suai kenal.

Dalam kenyataannya kepada Scoop, Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali gus menafikan dakwaan tiada maklum balas diberikan kepada KLRA + SD berhubung pertemuan tersebut.

Jelasnya, Pejabat Datuk Bandar menerima emel dari pengerusi KLRA + SD pada Ogos lalu dan membalas emel tersebut pada September 2024 memaklumkan permohonan pihak persatuan mendapat perhatian dan satu tarikh bersesuaian akan ditetapkan.

“Perkara ini, katanya turut dimaklumkan kepada pemohon semasa beliau hadir sendiri ke Pejabat Datuk Bandar dan dilayan dengan baik oleh pegawai bertugas.

“Pertemuan dijangka diadakan pada Oktober 2024,’’ katanya di sini hari ini.

KLRA +SD mewakili 74 persatuan daripada 10 konstituensi penduduk sekitar ibu kota.

Sehubungan itu, DBKL menafikan dakwaan tiada maklumbalas diberikan kepada pemohon dan ingin menegaskan Datuk Bandar sentiasa berusaha untuk menyantuni hasrat mana-mana pihak berkepentingan khususnya di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan beliau.

“Input yang diterima amat berguna kepada Datuk Bandar dalam mengemudi pentadbiran bandar raya Kuala Lumpur.

“Ia selaras dengan matlamat menjadikan Kuala Lumpur sebagai ‘Bandar Untuk Semua’,’’ katanya.

Pada 24 September lalu, KLRA+SD kecewa kerana permintaan untuk mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif bagi membincangkan isu pembangunan tidak terkawal di ibu kota masih tidak terlaksana.

Pengerusinya, Tan Booi Charn ketika dihubungi Scoop berkata, ia adalah gesaan 74 persatuan daripada 10 konstituensi penduduk di ibu kota yang mahu isu melibatkan pembangunan di bandaraya ini dibincangkan segera.

KLRA +SD juga sebelum ini mengemukakan cadangan itu bagi membolehkan pihak berkuasa mengkaji semula kesesuaian projek berlandaskan ciri-ciri pembangunan mampan, terutama projek besar berkepadatan tinggi, projek melibatkan pemusnahan kawasan hijau dan di tanah tinggi serta cerun curam. – 26 September, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related