Kawasan selamat dikunjungi cuma tak semeriah dahulu: Peniaga Jalan TAR

Dalam perbincangan yang turut disertai JKR dan IWK, mereka memberikan jangkaan kerja-kerja baik pulih di kawasan terlibat akan mengambil masa tiga bulan untuk diselesaikan

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kunjungan orang ramai ke pasar malam mingguan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) semakin berkurangan dan tidak semeriah dahulu sejak insiden lubang benam yang berlaku pada 23 Ogos lalu di Jalan Masjid India.

Memberitahu Scoop, Pengerusi Persatuan Penjaja Jalan TAR, Azkhalim Suradi, 52, berkata, orang awam masih meragui status keselamatan di kawasan sekitar insiden berikutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Pengerusi Persatuan Penjaja Jalan TAR, Azkhalim Suradi berkata antara punca ia tidak semeriah dulu kerana orang ramai masih meragui status keselamatan di kawasan sekitar insiden berikutan masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari DBKL. – Gambar media sosial, 26 September, 2024

“Penjaja semua sudah kembali mula berniaga pada minggu ketiga Sabtu selepas kejadian itu berlaku.

“Namun, sehingga ke hari ini kedatangan orang ramai tak semeriah dahulu sebabnya ramai yang masih tertanya-tanya mengenai status di kawasan sekitar Jalan TAR dan Masjid India.

“Saya pun baru selesai mesyuarat dengan pihak terlibat pada Selasa lalu dan DBKL maklum mereka akan keluar kenyataan mengenai kawasan di Jalan TAR dan sekitarnya selamat untuk dikunjungi dalam masa terdekat,” dakwanya.

Dalam perbincangan yang turut disertai Jabatan Kerja Raya dan Indah Water Konsortium (IWK) itu, beliau berkata, mereka memberikan jangkaan kerja-kerja baik pulih di kawasan terlibat akan mengambil masa tiga bulan untuk diselesaikan.

“Dalam mesyuarat itu, IWK mengatakan tempat itu (Jalan TAR) selamat untuk dikunjungi orang ramai.

“Mereka juga beritahu, kerja-kerja pemulihan ada sebahagian yang sudah siap, hanya tinggal dua lubang pembentungan sahaja lagi yang perlu diselenggara.

“Pihak berkaitan juga beri jangkaan semua kerja-kerja baik pulih akan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan lagi,” katanya yang berniaga air balang di pasar malam berkenaan.

Selepas sembilan hari SAR dijalankan, operasi itu dihentikan berikutan tiada sebarang penemuan. – Gambar fail Scoop, 26 September, 2024

Sebelum ini, pasar malam yang menempatkan 567 penjaja itu terpaksa ditutup selama dua minggu selepas berlaku kejadian lubang benam berkedalaman lapan meter yang menyebabkan pelancong wanita dari India, Vijaya Letchumy, 48, terjatuh ke dalam saluran pembetungan di Jalan Masjid India pada 23 Ogos lalu.

Bagaimanapun selepas sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita itu dihentikan tanpa sebarang penemuan

Pasar malam mingguan Jalan TAR beroperasi pada setiap Sabtu dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. – 26 September, 2024

Topics

 

Hangat

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

Related