Bantuan banjir RM13 juta untuk Kedah, baik pulih kerosakan infrastruktur: PM

Perdana Menteri berkata, jumlah itu termasuk bantuan kewangan yang disalurkan agensi Persekutuan dan negeri kepada semua mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

2:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM13 juta bagi melaksanakan kerja baik pulih infrastruktur yang rosak kesan bencana banjir di Kedah.

Perdana Menteri berkata, jumlah itu termasuk bantuan kewangan yang disalurkan agensi Persekutuan dan negeri kepada semua mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Kerajaan Persekutuan juga akan terus memantau kemajuan empat projek tebatan banjir di Kedah bagi memastikan kesan kerosakan banjir dapat diminimumkan pada masa hadapan.

“Di Kota Setar saja kita peruntukkan RM3 juta dan untuk seluruh negeri Kedah kita agihkan RM10 juta untuk pastikan selepas banjir apa-apa kerosakan dan ganti rugi yang munasabah dapat dibuat segera.

“Saya minta Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) selaraskan hal ini disegerakan.

“Tujuan saya datang juga adalah untuk pastikan perjalanan yang baik dan semua bantuan kepada rakyat termasuk pesawah padi disampaikan,” katanya kepada media selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah, di Alor Star, hari ini.

Anwar berkata, secara keseluruhan keadaan banjir di Kedah terkawal dan semua mangsa banjir diminta bersabar dan berdoa agar air surut segera bagi membolehkan orang ramai dapat pulang ke rumah secepat mungkin.

“Sekarang kita sudah sampaikan bantuan RM1,000 kepada orang ramai dan saya dengar Menteri Besar juga ada tambah bantuan juga, yang penting segala kerosakan, kerugian harta, haiwan ternakan dan hasil tanaman kita perlu teliti untuk ringankan beban ditanggung mereka,” katanya.

Selain itu Perdana Menteri turut mengarahkan sekolah yang dijadikan PPS diberi kelonggaran cuti tambahan sehingga keadaan banjir benar pulih.

“Bagaimanapun guru terbabit diminta menyediakan bahan pembelajaran dan kerja rumah yang perlu disiapkan pelajar sebelum sesi persekolahan dimulakan.

“Mengenai sesi persekolahan saya serah kepada Menteri Pendidikan, namun pelajar Tingkatan Lima harus kekal di sekolah untuk persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Untuk sekolah yang terbeban kerana dijadikan penempatan banjir, tentunya menteri akan beri sedikit kelonggaran untuk cuti tambahan kepada pelajar.

“Tetapi saya tekankan ia bukan cuti kerana guru perlu bekalkan pelajar dengan kerja rumah, kena ada saluran sampaikan pembelajaran saya tidak mahu masa pelajar itu jadi cuti sepenuhnya,” katanya.

Untuk rekod, sejumlah 42 PPS masih dibuka dengan 37 daripadanya adalah sekolah bagi menempatkan 7,469 mangsa banjir di enam daerah seluruh Kedah.

Sesi persekolahan di negeri itu sepatutnya bermula esok selepas cuti pertengahan penggal yang bermula 13 September lalu berakhir hari ini. – 21 September, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related