Mirzan, Mokhzani Mahathir sudah isytihar harta

Pihak penyiasat SPRM kini sedang melakukan penyelarasan dengan peguam kedua-duanya selepas mereka membuat pengisytiharan harta

3:05 PM MYT

 

PUTRAJAYA  Anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu Tan Sri Mokhzani dan Mirzan sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, mereka berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.

“Mereka sudah mengisytihar harta kepada kami, namun pihak penyiasatan (SPRM) sedang buat penyelarasan dengan peguam mereka.

“Secara asasnya, mereka sudah isytihar harta, itu paling penting,” katanya pada sidang media bersama SPRM di sini hari ini.

Pada Januari lalu, Mirzan dan Mokhzani telah diserahkan notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 yang menuntut mereka mengisytiharkan semua aset dimiliki dalam tempoh 43 tahun ketika tempoh pemerintahan bapa mereka.

Bagaimanapun pada Mei lalu, kedua-duanya memohon kepada SPRM untuk melanjutkan tarikh akhir bagi mengisytiharkan harta masing-masing selepas diberikan lanjutan sebelum ini.

Pada bulan lepas, SPRM dilaporkan memberikan tambahan sebulan lagi kepada Mirzan dan Mokhzani untuk mengisytihar aset mereka.

Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Dalam pada itu, Azam memaklumkan SPRM masih mengesan ahli perniagaan, Datuk Muhammad Adlan Berhan, yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sejak beliau menghilangkan diri Mei tahun lalu.

“(Sehingga kini) tidak dapat dikesan untuk bawa pulang ke Malaysia,” katanya.

SPRM sebelum ini memaklumkan ia sedang mengesan Muhammad Adlan dan seorang peguam, Mansoor Saat yang dikenalpasti sudah meninggal negara ini, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023.

Mereka dikehendaki bagi membantu mengesan siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Pada Oktober 2023, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan permohonan notis merah ke atas Muhammad Adlan dan Mansoor sudah diserahkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol). – 18 September, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] ASB 2 dividend hits 5.25 sen, ASM at 4.75 sen per unit

Amanah Saham Bumiputera 2 dividend stands at 5.25 sen per unit, while Amanah Saham Malaysia is at 4.75 sen per unit for the financial year ending March 31, 2024.

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related