Kajian berhubung isu pensijilan halal sedia dibentang Rabu ini: Mohd Na’im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata pihaknya telah menyediakan draf cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi setiap premis makanan, yang akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet nanti

2:52 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kajian berhubung isu pensijilan halal kini hampir siap dan akan dibentangkan pada Rabu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata pihaknya telah menyediakan draf cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi setiap premis makanan, yang akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet nanti.

“Antara aspek yang akan kita perincikan termasuklah cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal, kerana prosesnya akan melalui tempoh yang agak panjang. Saya sebut dalam konteks ini kerana dasar pensijilan halal kita sekarang adalah secara sukarela.

“Jadi, kita ingin melihat kemungkinan untuk mewajibkan pensijilan halal kerana terdapat kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan orang Islam,” katanya kepada media di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata sekiranya cadangan awal itu memerlukan sesi libat urus, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil semua pemegang taruh yang terlibat.

Beliau juga berkata sekiranya Kabinet bersetuju dengan cadangan tersebut, kajian terperinci akan dimulakan, termasuk sesi libat urus dengan semua pemegang taruh yang terlibat, khususnya Duli-Duli Tuanku di peringkat negeri, kerana isu tersebut melibatkan isu agama.

Mohd Na’im berkata pandangan daripada persatuan-persatuan, pengusaha restoran, dan pihak berkepentingan lain akan turut diambil kira.

“Selepas kajian terperinci dijalankan, jika Kabinet bersetuju, kita akan menyediakan kertas cadangan untuk Jemaah Menteri. Pada masa yang sama, kita juga akan menyediakan kertas kerja untuk dibawa ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

“Kedua-dua badan tertinggi ini akan menentukan sama ada dasar mewajibkan pensijilan halal dapat dilaksanakan atau tidak,” katanya.

Minggu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Mohd Na’im Mokhtar melakukan kajian dan menyediakan laporan lengkap berhubung isu pensijilan halal. – 16 September, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related