‘Liwat berlaku di seluruh dunia’: GISB anggap tuduhan sangat tidak berasas

Adib Attamimi berkata budaya liwat tidak berlaku di dalam GISBH dan menyedihkan apabila netizen menyatakan pemimpin serta pemuda di dalam kumpulan itu melakukan perbuatan berkenaan

9:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB) menafikan syarikat berkenaan terlibat dalam salah laku yang diperkatakan ketika ini termasuk dakwaan mengeksploitasikan kanak-kanak dan meliwat.

Ketua Penyelaras GISB dan Ketua Rangkaian Pembina Ukhuwah, Adib Attamimi menerusi penjelasan dalam video di Facebook GISB berkata, sangat menyedihkan apabila dakwaan itu dilemparkan kepada mereka.

Adib berkata, budaya liwat tidak berlaku di dalam GISB dan menyedihkan apabila netizen menyatakan pemimpin serta pemuda di dalam kumpulan itu melakukan perbuatan berkenaan.

Sedangkan perbuatan liwat, katanya berlaku di seluruh dunia malah di Malaysia, dakwanya sudah berleluasa dan perbuatan itu bukan mudah untuk dibendung kerana ia berjangkit.

Ketua Penyelaras GISBH dan Ketua Rangkaian Pembina Ukhuwah, Adib Attamimi menafikan tuduhan mengenai liwat dan menyifatkan ia sebagai sangat tidak berasas. – Gambar dari Facebook RPU, 13 September, 2024

“Maaf nak cakapkan, bab liwat ni di seluruh dunia, di seluruh dunia sudah banyak berlaku malah di Malaysia sendiri atas nama kita sendiri, di negara kita sendiri pun benda ni dah berleluasa.

“(Liwat) Bukan mudah dibendung, benda ni datang daripada melihat handphone, melihat kawan-kawan, pergi ke sekolah, balik ke kampung, jemput orang tepi jalan. Macam-macam sumber budak-budak ini boleh rosak dan mereka ini nak mencuba.

“Benda ini bukan tidak berlaku, dan benda ini kita bendung, bukan mudah sebab perkara ini berjangkit-jangkit.

“Dan tidak ada galakan, arahan atau dikempen untuk meliwat. Menyedihkan apabila pemimpin, pemuda dalam GISB ini dikatakan meliwat,’’ katanya menerusi penjelasan dalam klip video berdurasi 12.21 minit.

Rabu lalu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun berjaya diselamatkan selepas disyaki menjadi mangsa eksploitasi seksual dan fizikal membabitkan GISB.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, siasatan mendapati modus operandi dilakukan di rumah amal itu dengan mengajar dan mendidik mangsa cara meliwat dan diliwat penjaga.

Malah, mereka turut dipaksa melakukan perbuatan tersebut kepada penghuni lain.

Susulan pembongkaran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya siasatan dan tindakan segera diambil tanpa berlengah memandangkan ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak.

“Biar polis buat siasatan dan ambil tindakan ikut undang-undang dan pihak majlis agama terutama wilayah (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) … Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang ada kekuatan penyiasatan dan penyelidikan untuk memberikan nasihat,” katanya.

Dalam pada itu, Adib ketika mengulas dakwaan mengenai ahli-ahli kumpulan itu didakwa minum air rendaman kaki, dia berkata tuduhan itu adalah sesuatu yang tidak logik.

“Boleh buat kajian, tengok bukti kalau kami ada simpan di premis kami, ada kami buat tak. Bagi saya semua tuduhan itu untuk menjatuhkan ekonomi,’’ katanya. – 13 September, 2024

Topics

 

Hangat

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related