Op Global: 171 individu direman 7 hari

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan termasuk dari segi pendidikan dan sama ada rumah amal itu didaftarkan

6:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 171 individu yang ditangkap menerusi Op Global di 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, yang dikaitkan milik Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB) semalam, telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis juga sedang bekerjasama dengan pelbagai kementerian bagi melengkapkan siasatan.

Jelasnya, siasatan dijalankan termasuk dari segi pendidikan dan sama ada rumah amal itu didaftarkan.

Semua mangsa juga, kata beliau masih dalam proses dokumentasi serta pemeriksaan kesihatan.

“Siasatan kita perlu teruskan lagi bagi melihat apa lagi tindakan yang boleh diambil, terutamanya dari segi pendidikan, kita tahu bahawa yang berumur yang sepatutnya bersekolah ini, tapi tidak ke sekolah dan dia ada pendidikannya sendiri, kita mungkin akan berhubung dengan kementerian pendidikan juga.

“Apabila dia buka rumah amal ini, kononnya untuk anak yatim, kita juga nak melihat adakah rumah amal ini didaftarkan, itu semua siasatan kitalah, daripada situ juga mungkin ada kesalahan-kesalahan lain yang kita boleh lihat lagi, akan ada saksi-saksi yang akan tampil,” katanya kepada Buletin TV3.

Pada Rabu, polis telah menyelamatkan 402 kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan menerusi ‘Op Global’.

Mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak lelaki dan 201 perempuan berusia setahun hingga 17 tahun.

Menurut Razarudin, polis turut menahan 171 individu terdiri tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian membabitkan 66 lelaki dan 105 perempuan berusia 17 hingga 64 tahun.

Tambah beliau, operasi Op Global itu dilakukan susulan laporan polis yang diterima pada 2 September lalu, berkaitan pengabaian serta penganiayaan, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di Port Dickson, Negeri Sembilan dan beberapa laporan selepas itu.

Katanya, pihaknya mengesyaki terdapat pembabitan syarikat terkenal berkait produk Islam dalam kegiatan pemerdagangan orang. – 12 September, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related