Agak merisaukan bagaimana TikTok boleh benarkan akaun pemandu bas tular, beroperasi begitu lama: Fahmi

Komen-komen daripada kandungan yang telah dihasilkan itu (akaun pemandu bas tular), jika diteliti agak membimbangkan: Fahmi

3:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sesuatu yang merisaukan bagaimana TikTok boleh membenarkan akaun pemandu bas yang tular kerana merakam gambar murid-murid sekolah, beroperasi begitu lama di platform berkenaan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Malah, kata beliau, komen-komen dalam kandungan akaun tersebut juga agak membimbangkan di mana ia membolehkan beberapa jenayah lain dilakukan.

“Kandungan yang telah dihasilkan membolehkan komen-komen yang kalau diteliti agak merisaukan dan membimbangkan iaitu trend mereka yang mengikuti serta menonton kandungan seperti ini.

“Bila kita lihat kandungan dalam akaun itu, yang agak merisaukan bagaimana TikTok boleh benarkan akaun seperti ini beroperasi dengan begitu lama.

“Kita juga tidak tahu berapa banyak akaun lain yang serupa dengan akaun ini yang ada dalam TikTok.

“Di sinilah saya lihat platform media sosial perlu beri kerjasama lebih kepada pihak berkuasa dan saya rasa rakyat bersama kita di mana kanak-kanak bawah 13 tahun tidak dibenarkan membuka akaun media sosial,’’ katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun ke-25 Asia News Network (ANN) di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai seorang pemandu bas yang direman selama lima hari bagi siasatan susulan kandungan video yang dimuatnaik dalam akaun TikToknya yang mengandungi gambar kanak-kanak sekolah yang dibawanya.

Pemandu berusia 24 tahun itu ditahan di Simpang Renggam, Kluang, awal pagi ini.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan siasatan dijalankan segera selepas video berkenaan tular di media sosial.

Nancy menyifatkan ia sebagai perbuatan yang tidak boleh diterima dan dinormalisasikan.

Pemilik akaun TikTok berkenaan yang menggunakan nama ‘Abang Bas’ itu mempunyai lebih 600,000 pengikut malah ada hantaran yang dimuatnaik mendapat tontotan sehingga lebih 22 juta.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) bagi mengenal pasti pihak lain yang didapati melakukan kesalahan dalam video pemandu bas tular merakam video murid perempuan dalam kenderaan itu.

“Saya juga telah berhubung dengan pihak TikTok dan mereka memberikan kerjasama yang baik dengan PDRM,’’ katanya.

Beliau turut memaklumkan akan berhubung dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek supaya guru-guru tidak mempamer, memapar dan menyiarkan video atau gambar kanak-kanak.

“Mohon sampaikan peringatan kepada mereka yang hasilkan konten termasuk guru-guru, sila jangan pamer, papar, rakan dan siar wajah kanak-kanak kerana ia melanggar Akta Kanak-Kanak,’’ katanya. – 6 September, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related