‘Perbuatan tidak boleh diterima’ Nancy arah siasatan ke atas pemandu bas sekolah

Hampir kesemua kandungan videonya memaparkan dia sedang memandu bas dengan muka kanak-kanak terbabit langsung tidak ditutup

9:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK) diarah membuat laporan polis serta-merta terhadap seorang lelaki yang juga pemandu bas sekolah, yang bersikap tidak wajar ke atas kanak-kanak termasuk perbuatan yang menjurus kepada pedofilia.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya juga sedia untuk bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) polis Johor.

“Perbuatan itu tidak boleh diterima dan tidak boleh di normalisasikan,’’ katanya menerusi ciapan di laman X hari ini.

Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan laporan polis dibuat ke atas perlakuan seorang pemandu bas sekolah yang menjurus kepada pedofilia. – Tangkap layar dari akaun X Nancy Shukri, 5 September, 2024

Nancy berkata demikian susulan kebimbangan orang ramai terhadap seorang pemandu bas sekolah yang memuatnaik video kanak-kanak ketika mengambil dan menghantar mereka ke sekolah dalam video di TikTok.

Apa yang menjadi perhatian ialah bagaimana layanannya ke atas kanak-kanak sekolah rendah itu, dengan memuatkan naik kapsyen yang memualkan serta menjurus kepada pedofilia.

Antara kapsyen yang mencetuskan kebimbangan dan kemarahan ramai. – Gambar tangkap layar, 5 September, 2024

Antara kapsyen tersebut ialah ‘hari ni crush kita buat homework’ dan ‘siapa kejut kesayangan saya ni’ serta mempunyai lebih 600,000 pengikut.

Malah dalam satu hantaran video, dia mendapat tontonan sebanyak 22.4 juta, manakala hantaran lain-lain juga mendapat tontonan tinggi.

Hampir kesemua kandungan videonya memaparkan dia sedang memandu bas dengan muka kanak-kanak terbabit langsung tidak ditutup.

Keadaan ini mengakibatkan ramai yang bimbang dan meminta ibu bapa murid-murid tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana mereka masih di bawah umur. – 5 September, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related