Satu lagi pesawat MAS berpatah balik pagi tadi

Menurut maklumat di laman penjejak penerbangan global itu, pesawat MH66 sepatutnya berlepas pada 11.30 malam tadi

5:39 PM MYT

Ā 

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan dilaporkan telah berpatah balik, awal pagi tadi.

Menurut laman Flightradar24, penerbangan yang menggunakan pesawat Airbus A330-323 itu berlepas dari KLIA pada pukul 12.01 awal pagi tadi sebelum berpatah balik dan selamat mendarat di KLIA beberapa jam kemudian.

Menurut maklumat di laman penjejak penerbangan global itu, pesawat MH66 sepatutnya berlepas pada 11.30 malam tadi.

Bagaimanapun, Malaysia Airlines setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Ini merupakan insiden kelima melibatkan penerbangan MAS terpaksa berpatah balik atau dilencongkan dalam tempoh kira-kira sebulan.  

Pada 22 Ogos, penerbangan MH152 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 2.23 petang menuju  ke Madinah, Arab Saudi terpaksa berpatah kerana isu ā€œpressurisation forcedā€ dan mendarat semula di KLIA pada 5.22 petang.

Sehari sebelum itu pula, penerbangan MH386 yang turut menggunakan pesawat Airbus A330-300 berlepas dari Kuala Lumpur ke Shanghai pada 9.14 malam dan dilaporkan terpaksa berpatah balik ke KLIA selepas terbang selama kira-kira 70 minit, kerana masalah tekanan kabin.

Pada 20 Ogos pula, penerbangan MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa membuat hentian kecemasan di Lapangan Terbang Alice Springs, Australia kerana masalah enjin pada 4.35 pagi waktu tempatan.

Pada 4 Ogos, penerbanganĀ MH156 yang membawa 259 jemaah umrah menuju ke Jeddah berpatah balik ke KLIA disebabkan masalah teknikal sejurus berlepas. – 2 September, 2024 Ā 

Topics

Ā 

ā—‰ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

ā—‰ Related