Selebriti TV, Sheahnee dedah ibunya ‘diganggu’ ketika dalam Koc Wanita oleh sekumpulan remaja lelaki

Menurut Sheahnee, ibunya yang berusia 72 tahun dan berasal dari Australia menggunakan perkhidmatan KTM dari stesen Klang ke Kuala Lumpur ketika kejadian itu berlaku

8:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas personaliti televisyen, Sheahnee Iman Lee meluahkan rasa kesal dengan sikap ‘keras kepala’ segelintir kaum lelaki yang berdegil dan masih lagi memasuki koc wanita yang disediakan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Sheahnee berkongsi insiden di mana ibunya menerima provokasi daripada sekumpulan remaja lelaki selepas ditegur supaya meninggalkan koc yang dikhaskan untuk wanita sahaja.

Menurut Sheahnee, ibunya yang berusia 72 tahun dan berasal dari Australia menggunakan perkhidmatan KTM dari stesen Klang ke Kuala Lumpur ketika kejadian itu berlaku.

“Dia memang suka menggunakan pengangkutan awam sebagaimana dia menghayati setiap aspek selama 50 tahun menetap di negara ini.

“Dia menggunakan koc wanita, sesuatu yang kami minta dia lakukan setiap kali keluar bersendirian. Namun di dalam kos itu dipenuhi dengan sekumpulan remaja lelaki, melebihi bilangan kaum wanita.

“Ibu saya, seorang guru selama 40 tahun menegur mereka bahawa ia adalah koc wanita, sesuatu yang sudah diketahui, dengan tulisan Koc Wanita di mana-mana sahaja sama ada dalam English atau BM.

“Tapi apa yang budak-budak ini jawab? Mereka dengan biadap menjawab ‘kami adalah rakyat Malaysia’ dan ‘Ini adalah negara saya!’,” kata Sheahnee.

Menurut isteri kepada pengacara Nazruddin Habibur Rahman itu, walaupun ibunya bukan berasal dari Malaysia namun wanita itu sudah bermastautin di sini dan menganggap Malaysia seperti rumahnya sendiri.

“Hanya kerana warna kulit ibu saya tidak mencapai standard kamu (ibu warga Australia), dia tiada hak untuk bersuara? Mak saya orang putih tapi dia kadang-kadang lebih orang Malaysia jika dibandingkan dengan kita-kita semua ini.

“Hanya kerana kamu orang Malaysia, kamu ingat kamu ada hak untuk berbuat apa sahaja sesuka hati kamu?,’’ soalnya.

Dalam pada itu, Sheahnee memberitahu, pihak KTM telah memberikan maklum balas berhubung itu tersebut dan memaklumkan semua keretapinya mempunyai butang interkom dan orang ramai boleh mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang insiden atau kecemasan.

Bagaimanapun Sheahnee berkata, walaupun terdapat butang kecemasan namun ia kurang efisyen apatah lagi jika seorang wanita itu diprovok oleh sekumpulan lelaki dan bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

Justeru, ibu kepada tiga cahaya mata itu mencadangkan supaya KTM sentiasa mengarahkan polis bantuan untuk membuat rondaan mengejut di setiap koc supaya tiada kaum lelaki yang akan menyalahguna koc yang dikhaskan untuk wanita.

“Saya cadangkan KTM sentiasa melakukan pemeriksaan mengejut secara berkala di semua stesen agar koc wanita tidak salahgunakan. Biarlah lelaki tak malu ni (ada) rasa segan sikit.

“Kepada remaja lelaki yang berada dalam keretapi dengan ibu saya, tolonglah ambil iktibar daripada insiden ini. Awak masih muda, tak terlambat lagi untuk perbaiki diri. Berubahlah anak muda, be better, be more, awaklah skuad pelapis negara kita!” katanya. – 1 September, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related