Tanah jerlus: JKR diarah beri bantuan teknologi, kata Nanta

Walaupun ia berlaku di kawasan seliaan Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL, namun kementerian sentiasa akan memberikan kerjasama memandangkan ia adalah kejadian bencana

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarah memberikan bantuan sokongan teknologi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata walaupun kejadian tanah jerlus berlaku di kawasan seliaan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun kementerian sentiasa akan memberikan kerjasama memandangkan ia adalah kejadian bencana.

“Saya telah arahkan JKR supaya memberikan bantuan dari segi teknologi untuk menyokong seluruh pasukan (SAR) kerana kita mempunyai kepakaran,” katanya ringkas dalam audio yang dikongsikan kepada media hari ini.

Pada Jumaat lepas, wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku. – 27 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related