Tiada ahli geologi bernama Dr Sarah Jamal, artikel ‘KL gua kosong amat besar’ palsu: UM

Kandungan artikel bertajuk ‘..gua kosong yang amat besar…’ di bawah bandaraya Kuala Lumpur yang kini tular di media sosial juga adalah tidak berdasarkan fakta dan palsu

1:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal yang berkhidmat di Universiti Malaya (UM) dan namanya juga tiada dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia.

Ketua Jabatan Geologi, Fakulti Sains UM, Prof. Madya Meor Hakif Amir Hassan berkata, kandungan artikel bertajuk ‘..gua kosong yang amat besar…’ di bawah bandaraya Kuala Lumpur yang kini tular di media sosial juga adalah tidak berdasarkan fakta dan palsu.

“Jabatan dimaklumkan tular satu artikel di media sosial yang menyatakan terdapat “..gua kosong yang amat besar…” di bawah bandaraya Kuala Lumpur. Artikel ini kononnya ditulis oleh seorang ahli geologi terkemuka dari Universiti Malaya yang bernama Dr. Sarah Jamal.

“Jabatan perlu menegaskan di sini bahawa tiada ahli geologi yang bernama Sarah Jamal yang berkhidmat di Universiti Malaya. Juga, tiada ahli Geologi bernama Sarah Jamal didaftarkan di dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini tular mengenai satu artikel yang mendakwa satu penemuan mengejutkan dunia oleh seseorang yang mendakwa sebagai Dr. Sarah Jamal, seorang ahli geologi terkemuka dari Universiti Malaya.

Dia mendakwa kawasan di bawah bandaraya Kuala Lumpur adalah sebuah gua kosong yang amat besar terdiri daripada batuan kapur yang terkikis secara beransur-ansur oleh air bawah tanah, menghasilkan rongga besar di bawah permukaan tanah.

Individu terbabit mendakwa kajian mendalam yang dilakukan oleh dia dan pasukannya mendapati strruktur geologi unik ini terbentuk berjuta-juta tahun yang lalu, menjadikan Kuala Lumpur seolah-olah sebuah bandar yang dibina di atas ‘atap’ sebuah gua raksasa.

Keadaan ini mencetuskan kebimbangan ramai warga kota.

Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata Jalan Masjid India dan Kuala Lumpur amnya adalah terkawal serta selamat kepada orang awam justeru warga kota boleh meneruskan rutin harian seperti biasa.

Menurutnya, jika ada dakwaan yang menyatakan Kuala Lumpur tidak selamat, dakwaan itu mesti menunjukkan bukti dan kajian terperinci.

Perkara itu hangat diperkatakan selepas seorang wanita, Vijayalechumy, 48, yang merupakan pelancong dari India masih lagi belum ditemui selepas terjatuh ke dalam tanah jerlus pada kedalaman lapan meter di Jalan Masjid India, pada Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, Meor berkata, staf Jabatan Geologi UM mengambil langkah berhati-hati mengulas berkenaan insiden di Jalan Masjid India yang melibatkan kehilangan nyawa.

“Memandangkan kerja-kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta siasatan masih berjalan malah punca kejadian masih tidak dipastikan,’’ katanya. – 26 Ogos, 2024
.

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related