Kuala Lumpur selamat, warga kota boleh teruskan rutin harian: Datuk Bandar

Sebelum ini terdapat dakwaan Kuala Lumpur tidak selamat susulan kejadian tanah mendap melibatkan seorang wanita warga India yang masih hilang

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jalan Masjid India dan Kuala Lumpur amnya adalah terkawal serta selamat kepada orang awam justeru warga kota boleh meneruskan rutin harian seperti biasa, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

Menurutnya, jika ada dakwaan yang menyatakan Kuala Lumpur tidak selamat, dakwaan itu mesti menunjukkan bukti dan kajian terperinci.

“Saya berpendapat Kuala Lumpur telah lama dibina, selama ini adalah selamat. Kalau ada mengatakan tidak selamat, dakwaan itu mesti menunjukkan bukti dan kajian terperinci.

“Melainkan ada kajian bukti yang tular di media massa menunjukkan tidak selamat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini terdapat dakwaan di media sosial Kuala Lumpur tidak selamat susulan kejadian tanah mendap melibatkan seorang wanita warga India, yang masih hilang dalam kejadian Jumaat lalu.

Maimunah berkata, mesyuarat bersama pelbagai agensi yang dipengerusikannya mendapati kawasan Masjid India adalah selamat buat orang awam.

Beliau juga memaklumkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengaktifkan pasukan petugas dalam menjalankan kajian secara terperinci mengenai keselamatan di ibu negara yang terdiri daripada pakar-pakar daripada pelbagai agensi kerajaan.

“DBKL telah mengaktifkan task force bersama pakar-pakar daripada PDRM, JBPM, APM, termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Saya telah sediakan satu task force bersama rakan-rakan lain JKR, JMG untuk kita menyemak lagi, menyiasat lagi, kawasan ini,” katanya.

Mengulas mengenai misi pencarian mangsa hari ini, beliau berkata pasukan penyelamat mencari mangsa di lurang kumbahan lima iaitu Agro Bank sehingga ke lurang kumbangan ke enam di Jalan Kinabalu.

Manakala Indah Water Konsortium (IWK) pula katanya akan menjalankan kerja-kerja ‘flushing’ di hiliran dan mereka juga mempunyai ‘mapping’ yang lengkap dalam kawasan ini serta bersetuju menjalankan ‘integrity test’ di kawasan ini.

Sementara waris mangsa yang hilang pula, ujar beliau, akan diberikan bantuan berupa penginapan, makanan dan sesi kaunseling.

“PDRM akan bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi India bagi lanjutan visa mereka,’’ katanya.

Memasuki hari ketiga operasi SAR, mangsa, Vijayalechumy, 48, yang merupakan pelancong dari India masih lagi belum ditemui selepas terjatuh ke dalam tanah jerlus pada kedalaman lapan meter di Jalan Masjid India, pada Jumaat lalu.

Pasukan penyelamat hanya menjumpai selipar mangsa dan setakat ini masih belum terdapat sebarang petunjuk baharu berhubung insiden berkenaan. – 25 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related