Operasi kesan mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India diperluaskan di 6 lurang kumbahan

Enam lurang kumbahan itu adalah di tapak kejadian di Jalan Masjid India, Wisma Yakin, Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian di Lebuh Pasar dan berakhir di Jalan Kinabalu

2:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan operasi dengan membuka enam lurang pembentungan kumbahan dari tapak kejadian di Jalan Masjid India, di sini sehingga ke Jalan Kinabalu bagi mengesan seorang wanita yang terjatuh dalam runtuhan tanah jerlus semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman berkata enam lurang kumbahan itu adalah di tapak kejadian di Jalan Masjid India, Wisma Yakin, Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian di Lebuh Pasar dan berakhir di Jalan Kinabalu.

Jelasnya, mangsa dipercayai kemungkinan tersangkut atau berada di laluan lurang terbabit.

Menurutnya, lurang kumbahan di hadapan Wisma Yakin dibuka pada 10.30 pagi tadi namun pihak berkuasa tidak menemui mangsa atau sebarang petunjuk baharu bagi membantu operasi pencarian.

Menurut Sulizme, terdapat paras air kira-kira 0.9 meter agak deras di laluan kumbahan dan jarak antara lurang pertama serta kedua adalah sekitar 100 meter.

Operasi mencari mangsa, katanya di setiap lurang kumbahan dijalankan secara berperingkat dan tidak dilakukan secara serentak atas faktor keselamatan petugas SAR itu.

“Kita buka lurang kumbahan kedua di Wisma Yakin pada jam 10.30 pagi tadi yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

“Operasi dilakukan secara berperingkat kerana terdapat risiko nyawa kepada anggota penyelamat,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam kejadian pada 8.22 pagi semalam, seorang wanita warganegara India, Vijayalectchumy, 48 terperangkap dan dikhuatiri tertimbus tanah jerlus sedalam lapan meter di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India.

Difahamkan mangsa sedang berjalan kaki dari Selangor Mansion ke arah Lebuh Ampang dan kemudiannya duduk di kerusi konkrit yang turut terjatuh bersamanya.

Mengulas lanjut, Sulizmie berkata, pencarian hari ini tidak melibatkan unit anjing pengesan (K9) yang turut diturunkan semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kuala Lumpur, Fatta M.Amin berkata hanya seorang penyelam boleh diturunkan di setiap lurang kumbahan dengan memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE).

“Kita turunkan seorang anggota penyelamat sahaja ke dalam lurang pembentungan itu disebabkan risiko keselamatan nyawa gas beracun (dalam sistem pembentungan),’’ katanya. – 24 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related