Tanah mendap di Jalan Masjid India: Kejadian sama pernah berlaku di kawasan berhampiran

Kejadian sebelum ini bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa

7:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, bukan yang pertama kali berlaku sebaliknya ia pernah terjadi pada tahun lepas di kawasan berhampiran, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

Menurutnya, kejadian sebelum ini bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

“Saya difahamkan tempat ini dulu pernah mendap sekali, betul-betul berdekatan dengan tempat kejadian hari ini namun sudah dibaiki.

“Kejadian hari ini, jelas dari rakaman CCTV, mangsa berjalan tiba-tiba terjatuh,’’ katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam kejadian pagi tadi, seorang wanita warganegara India berusia 48 tahun, terperangkap dan dikhuatiri tertimbus tanah jerlus sedalam lapan meter di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India.

Difahamkan mangsa sedang berjalan kaki dari Selangor Mansion ke arah Lebuh Ampang dan kemudiannya duduk di kerusi konkrit yang turut terjatuh bersamanya.

Dalam kejadian pagi tadi, seorang wanita warganegara India berusia 48 tahun, terperangkap dan tertimbus tanah jerlus sedalam lapan meter di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India – Tangkapan layar, 23 Ogos, 2024

Mengulas lanjut, Rusdi berkata, wanita yang terbabit adalah pelancong dari India dan datang ke sini hampir dua bulan lalu.

“Difahamkan esok hari terakhir (berada di Malaysia). Dia tiba-tiba jatuh dan terus tak nampak.

“Di bawah ini, ada aliran air deras sampai ke hujung dan pemeriksaan dibuat di sana, tapi setakat ini belum ditemui,” katanya.

Jelasnya, proses mencari dan menyelamat (SAR) mangsa perlu dilaksanakan dengan teliti dan merujuk kepada banyak pihak.

“Ada aliran air yang deras sampai ke hujung sana dan kita dah tengok sampai hujung sana tiada (mangsa). Sekarang kita lakukan secara berperingkat mengikut perbincangan dengan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK),’’ katanya.

Pasukan menyelamat mengorek kawasan mendapan bagi meluaskan kawasan pencarian mangsa – Gambar Facebook Bomba Kuala Lumpur, 23 Ogos, 2024

Dalam pada itu, pasukan penyelamat telah mengorek kawasan mendapan yang berlaku akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini menggunakan mesin jengkaut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat pada sidang media pagi tadi memaklumkan langkah itu bagi meluaskan kawasan pencarian wanita itu.

Beliau berkata berikutan perluasan kawasan pencarian, pihaknya juga akan menambah anggota JBPM dalam usaha mencari mangsa.

“Kita dah buat carian manual tetapi gagal menjumpai mangsa, dijangka dalam waktu terdekat akan sambung buat korekan lebih luas di tempat mendapan,’’ katanya. – 23 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related