Nenggiri bukti sokongan Melayu kembali jika Umno tunai permintaan: Ku Li

Beliau turut berkata, strategi berbeza mungkin perlu diambil Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berikutan ia kerusi campuran

5:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN) di Nenggiri tidak boleh dijadikan kayu ukur bahawa orang Melayu telah kembali menyokong Umno sepenuhnya.

Ketua Umno Gua Musang itu berkata, sebaliknya kejayaan BN itu jelas membuktikan rakyat terutama pengundi Melayu bersedia berbuat demikian jika Umno ikhlas menunaikan permintaan mereka.

“Kemenangan di Nenggiri sahaja tidak bermakna Umno akan mendapatkan kembali sokongan orang Melayu, tetapi ia memberi petunjuk bahawa jika kita memenuhi tuntutan mereka melalui tindakan kita, mereka akan menyokong kita.

“Jika kita membuktikan bahawa kita dengan ikhlas menjalankan kerja dan bukan sekadar bercakap, mungkin ini akan menyebabkan ramai lagi orang Melayu kembali kepada Umno,” katanya kepada media di di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Selain itu penasihat Umno itu berkata, berkata strategi berbeza mungkin perlu diambil Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berikutan ia kerusi campuran.

“Di Nenggiri itu hampir 100% pengundi Melayu jadi kita hanya berdepan PAS, walaupun mereka kerajaan tetapi satu parti sahaja lawan kita.

“DUN Mahkota berbeza kerana sana kerusi campuran dan walaupun Melayu majoriti tetapi bukan Melayu pun ramai, jadi kena guna strategi lain,” katanya.

PRK DUN Mahkota akan diadakan susulan penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Sharifah Azizah, yang juga calon BN memenangi kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September. – 23 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related