Adun Johol dimasukkan ke IJN akibat serangan jantung

Kejadian berlaku ketika Saiful Yazan dalam perjalanan untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

2:42 PM MYT

 

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johol Datuk Saiful Yazan Sulaiman dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas dilaporkan tidak sedarkan diri akibat serangan jantung petang semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata kejadian itu berlaku ketika Saiful Yazan dalam perjalanan untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya dimaklumkan hari ini bahawa Saiful Yazan kini berada dalam keadaan stabil dan mula memberi tindak balas.

“Datuk Saiful Yazan kini berada dalam keadaan stabil, sudah mula sedar tetapi masih memerlukan pemantauan rapi di wad rawatan jantung (CCU) di IJN. Semalam saya dan beberapa pemimpin Umno ada melawat beliau di IJN tetapi ketika itu beliau tidak sedarkan diri lagi.

“Namun tadi kami dimaklumkan oleh isterinya Datin Shaliza Idris, keadaannya semakin stabil, sama-samalah kita berdoa semoga dia kembali sihat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu itu berkata Saiful Yazan sebelum ini diketahui tidak pernah  menghidap apa-apa penyakit dan semalam adalah kejadian pertama dia mengalami serangan jantung.

Beliau berkata pada masa ini ahli keluarga tidak membenarkannya menerima sebarang pelawat bagi memastikan beliau mendapat rehat yang mencukupi sebelum kembali berada dalam keadaan benar-benar sihat.

Saiful Yazan yang juga Setiausaha Umno Bahagian Kuala Pilah merupakan Adun Johol sejak 2018 selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tahun lepas. – 22 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related