Shah Alam, Klang dilanda banjir kilat

Antara kawasan yang terlibat ialah Shah Alam, Padang Jawa, Rawang dan Sungai Buloh, sekali gus menyumbang kepada kesesakan jalan raya

7:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Lembah Klang dinaiki air susulan hujan lebat selama beberapa jam petang ini mengakibatkan kesesakan jalan raya.

Antara kawasan yang terlibat ialah Shah Alam, Padang Jawa, Rawang dan Sungai Buloh, sekali gus menyumbang kepada kesesakan tersebut.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, antara kawasan terbabit ialah Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Klang, yang dinaiki air sebentar tadi menyebabkan kawasan sekolah termasuk bilik darjah.

Video yang dimuatnaik olej Facebook Khidmat Malaysia menunjukkan guru-guru terpaksa mengharung air separas lutut untuk membantu murid-murid keluar dari bilik darjah.
“Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar,’’ tulis Khidmat Malaysia.

Dalam pada itu, Bomba dan Penyelamat Shah Alam memaklumkan pihaknya menerima mengenai kejadian banjir di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, dan mendapati ia berlaku disebabkan longkang tersumbat dengan sampah sarap.

“Anggota melakukan pembersihan pada laluan longkang sehingga laluan keluar air berfungsi sepenuhnya,’’ kata jurucakap bomba.

Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menasihatkan penduduk Shah Alam supaya memantau kenaikan air di kawasan kediaman masing-masing.

“Patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah di pusat penempatan sementara yang disediakan.

“Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam, sila hubungi pasukan PANTAS di talian 03-55105811,’’ katanya MBSA. – 20 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related