Piala Sultan Selangor eksklusif untuk Singapura, Selangor ‘jangan dimomokkan’ informasi mengelirukan

Mereka yang memahami sejarah pasti akan mengerti rasional di sebalik penganjurannya iaitu selain mengembalikan nostalgia kegemilangan pasukan Selangor dan Singapura, ia juga antara acara yang dinantikan peminat

3:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penganjuran Piala Sultan Selangor sejak 23 tahun lalu adalah eksklusif untuk satu perlawanan iaitu antara Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura, dan merupakan acara berprestij untuk menyemarakkan semangat persahabatan dalam sukan.

Selangor Royal Office dalam kenyataannya bagi menerangkan mengenai piala berkenaan berkata, tidak seperti kejohanan lain, mereka yang memahami sejarah pasti akan mengerti rasional di sebalik penganjurannya iaitu selain mengembalikan nostalgia kegemilangan pasukan Selangor dan Singapura, ia juga antara acara yang dinantikan peminat.

Mengimbas sejarah lalu, katanya, pertembungan antara Selangor dan Singapura sentiasa dinantikan sehingga digelar sebagai Malayan El Clasico, di mana musuh tradisi ini menampilkan persaingan sihat serta saling hormat-menghormati.

Menurut Selangor Royal Office, Piala Sultan Selangor diadakan setiap tahun sama ada di Stadium Shah Alam atau National Stadium Singapura, dengan kali terakhir kejohanan ini berlangsung pada 2019 sebelum ditangguhkan akibat Covid-19.

Menariknya, penganjuran edisi 2024 ini dianggap berbeza kerana ia diadakan semula di medan keramat kedua-dua pasukan iaitu di Stadium Merdeka dan menggamit nostalgia terutama bagi lagenda dan penyokong kedua-dua pasukan.

“Lagenda bola sepak Selangor seperti Datuk Zainal Abidin Hassan dan lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad sendiri mengakui mereka amat teruja dengan penganjuran Piala Sultan Selangor yang disifatkan sebagai satu platform mengimbas kembali nostalgia ‘permusuhan tradisi’ antara kedua-dua pasukan,’’ katanya.

Sabtu lalu, Pilihan Selangor menjulang kejuaraan Piala Sultan Selangor selepas mengecewakan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka sekali gus menjadikan Gergasi Merah merangkul kejuaraan berkenaan untuk kali ke-10.

Susulan penganjuran berkenaan, ada penyokong bola sepak tempatan yang mahukan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), turut serta dalam kejuaraan Piala Sultan Selangor edisi seterusnya.

WhatsApp Image 2024-08-20 at 3.10.16 PM

Bagaimanapun pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menerusi kiriman di Instagram Story baru-baru ini kelihatan menyindir penganjuran Piala Sultan Selangor dan menegaskan hanya empat piala yang diiktiraf dalam bola sepak tempatan iaitu Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih selain pertandingan di peringkat konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Kalau buat piala syok sendiri dan raikan macam menang piala rasmi, saya akan buat Piala Daddy, dan Piala Cap Susu mulai tahun depan,’’ tulisnya.

Mengulas lanjut, Selangor Royal Office berkata, Piala Sultan Selangor diperkenalkan pada 2001 dengan idea penganjurannya dicetuskan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah, iaitu tahun sama di mana baginda ditabalkan sebagai Sultan Selangor.

“Mengimbas semula, perseteruan antara Selangor dan Singapura dalam arena bola sepak Malaysia adalah amat menakjubkan kerana kedua pasukan ini adalah yang paling berjaya dalam sejarah Liga Malaysia pada zaman tersebut.

“Sejak Piala Malaysia diperkenalkan pada 1921 (ketika itu dikenali sebagai Piala Malaya, kemudian Piala HMS Malaya), Selangor dan Singapura adalah antara pasukan terhebat dan kerapkali bertembung di perlawanan akhir bagi merebut piala berkenaan, malah perlawanan akhir pertama Piala Malaya pada 1921 menyaksikan Singapura berjaya menewaskan Selangor.

‘Selangor dan Singapura telah bertemu sebanyak 22 kali pada perlawanan akhir Piala Malaysia dan dalam tempoh itu, Selangor menjulang 33 kejuaraan Piala Malaysia dengan kali terakhir pada 2015 sementara Singapura dengan 22 kejuaraan,’’ katanya.

Bagaimanapun pada 1994, Singapura menarik diri dari Liga Malaysia.

Justeru, Selangor Royal Office berharap penjelasan yang diberikan berserta fakta yang tepat dapat memberikan manfaat pengetahuan yang lebih jelas khususnya kepada generasi baharu yang mungkin masih belum faham atau dimomokkan dengan informasi mengelirukan tentang sejarah sebenar kewujudkan Piala Sultan Selangor.

“Apa yang ingin ditekankan juga, simbolik persahabatan dan muhibah kesukanan yang diraikan menerusi semangat Piala Sultan Selangor ini dapat dimanifestasi sebagai teladan dalam membanteras gejala keganasan sukan yang masih berleluasa khususnya dalam arena bola sepak tempatan,’’ katanya. – 20 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related