Guru guna gambar ‘askar China’ pada poster dikenakan tindakan tatatertib: Fadhlina

Kementerian Pendidikan sudah mengambil tindakan tegas melalui siasatan Unit Integriti dan tindakan tatatertib terhadap guru itu

8:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan sudah mengenakan tindakan tatatertib terhadap seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang kerana menggunakan gambar propaganda ‘askar China’ pada poster pertandingan bersempena Bulan Kebangsaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kesilapan yang dilakukan guru terbabit dianggap amat serius.

“Kita sudah mengambil tindakan tegas melalui siasatan Unit Integriti dan tindakan tatatertib.

“Itu langkah paling tegas yang Kementerian Pendidikan (KPM) laksanakan terhadap guru itu,” katanya kepada media Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, di Sungai Besar hari ini.

Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang memaklumkan sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung tindakan guru di sebuah sekolah menengah yang menggunakan gambar tidak sepatutnya pada poster pertandingan bersempena Bulan Kebangsaan.

Pengarah JPN negeri, Datuk Abdul Said Hussain berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia telah menyinggung dan mengguris hati banyak pihak.

Beliau turut memohon maaf atas kecuaian guru terbabit yang tidak peka dengan menggunakan gambar template yang diambil daripada Internet sebagai bahan promosi untuk pertandingan berkenaan.

Guru berkenaan didakwa tidak sengaja menggunakan gambar itu pada poster berkenaan dan permohonan maaf telah dibuatnya pada Khamis lalu, manakala poster pertandingan asal juga sudah ditarik balik dan digantikan dengan poster lain. – 19 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related