Jenazah Cikgu Istiqomah diserah kepada keluarga esok

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada ahli keluarga mangsa

1:17 PM MYT

 

MELAKA – Selepas lapan bulan, jenazah Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, guru wanita yang dibunuh kejam dan mayatnya ditemukan dalam keadaan tragis di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, tahun lepas akan diserahkan kepada keluarganya esok.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada ahli keluarga mangsa dan jenazah guru itu akan diserahkan kepada keluarganya pada 2 petang esok.

“Untuk makluman, jenazah Cikgu Istiqomah boleh serah esok (kepada keluarga) pukul 2 petang di Hospital Melaka,” katanya ringkas menerusi WhatsApp kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 6 Jan lepas, media melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki di dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang.

Selepas kira-kira lapan bulan berlalu, pada 12 Ogos lepas Ashari mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, seorang guru yang dilaporkan hilang pada 27 Dis 2023.

Susulan itu, Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, menahan sepasang suami isteri berumur 37 dan 36 tahun di Chemor, Perak pada 6 Ogos. – 18 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related