Dakwa penguatkuasa terima ‘duit kopi’, MPAJ sifatkan dakwaan tidak berasas

Dalam kenyataannya, MPAJ menegaskan tiada sebarang salah guna kuasa berlaku memandangkan pemantauan dilaksanakan ke atas semua peniaga

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tohmahan yang dilemparkan terhadap penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu video tular di media sosial baru-baru ini membabitkan peniaga di Gerai BOT Taman Lembah Maju A, di Ampang Jaya adalah tidak berasas.

Dalam kenyataannya, MPAJ menegaskan tiada sebarang salah guna kuasa berlaku memandangkan pemantauan dilaksanakan ke atas semua peniaga.

Menjelaskan kejadian yang berlaku pada Khamis lalu, MPAJ berkata ia berpunca daripada provokasi yang dilakukan beberapa anak-anak peniaga gerai terbabit ketika penguatkuasa membuat semakan dan pemantauan di tapak gerai selepas MPAJ melaksanakan program gotong-royong sehari sebelumnya.

“Semasa semakan tersebut dijalankan, kakitangan MPAJ telah dimaki hamun dan dihalang untuk membuat pemeriksaan ditapak.

“Tindakan kompaun telah dikenakan kepada peniaga atas kesalahan menjalankan aktiviti
perniagaan tanpa lesen, selain peniaga berlesen turut dikompaun kerana menggajikan pekerja asing.

“Susulan provokasi itu MPAJ telah membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah pada jam 11.31 malam hari sama,” katanya.

Satu video tular di media sosial sejak Jumaat lalu membabitkan seorang peniaga mendakwa penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melakukan operasi penguatkuasaan ‘berat sebelah’ di beberapa premis makanan di kawasan tadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Peniaga wanita terbabit turut mendakwa berlaku amalan rasuah apabila individu dipanggil ‘Hisham’ menghubunginya meminta ‘duit kopi’ pada waktu malam.

Wanita itu turut mendakwa terdapat peniaga lain yang beroperasi menggunakan lesen pihak ketiga namun tidak diambil tindakan.

Video berdurasi dua minit 20 saat itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet yang tampil memberikan maklum balas berhubung dakwaan terbabit.

Menerusi ciapan di aplikasi X hari ini, Altimet berkata, pihaknya akan membawa isu berkenaan ke Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) negeri di mana beliau merupakan ahli di dalam jawatankuasa itu.

“Operasi penguat kuasa mengeluarkan kompaun terhadap peniaga yang menggajikan warga asing dan semakan dakwaan yang mengatakan pemiliknya bukan warganegara juga tidak benar.

“Betul, kalau ada salah guna kuasa atau rasuah, tindakan kena diambil.

“Apa jadi sekalipun, jangan kasar mengasari. Ada dakwaan penguat kuasa disentuh dalam insiden ni. Ini perlu dibuktikan,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Yang Dipertua MPAJ, Dr Ani Ahmad ketika dihubungi Scoop berkata, pengadu diminta melampirkan bukti jika wujud amalan rasuah dalam kalangan penguat kuasa seperti didakwa.

“Kalau ada tohmahan kata pegawai saya terima rasuah, itu perlu dibuktikan. Orang boleh bercakap, tapi kenalah dengan bukti, jika tiada bukti bagaimana tindakan mahu diambil?”, soalnya.

Malah katanya, operasi yang dijalankan juga adalah berdasarkan aduan dan mengikut peruntukan undang-undang PBT membabitkan pelanggaran syarat lesen.

“Penguatkuasaan dijalankan mengikut peruntukan sedia ada meliputi pelanggaran syarat lesen termasuk tambahan struktur tanpa kebenaran serta menggajikan pekerja asing,” katanya. – 18 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related