Kempen rumah ke rumah, ceramah kelompok beri kelebihan BN kuasai Nenggiri: Penganalisis

DUN Nenggiri adalah kawasan kampung, pendekatan BN dan Umno untuk bertemu seramai mungkin pengundi dari rumah ke rumah lebih efektif dan memberi kelebihan untuk mereka merampas kembali DUN itu

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tumpuan Barisan Nasional (BN) kepada ceramah kelompok dan kempen rumah ke rumah bagi bertemu pengundi dijangka memberi sedikit kelebihan untuk calonnya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Sabtu ini.

Dengan tempoh berkempen menghampiri penghujung, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Rusdi Omar berkata, peratusan keluar mengundi dijangka kekal rendah di bawah 65% berdasarkan trend PRK sebelum ini.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Rusdi Omar berkata, peratusan keluar mengundi dijangka kekal rendah di bawah 65% berdasarkan trend PRK sebelum ini – Gambar fail, 15 Ogos, 2024

Beliau berkata, situasi itu dijangka menyaksikan calon yang bertanding dijangka menang dengan majoriti tipis seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Pengaruh Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang dijangka memberi sinar ‘cerah’ kepada calon Umno. Di Kelantan terutama di Gua Musang, pemikiran pengundi muda berbeza sedikit, mereka masih menghormati pemimpin lama seperti Ku Li.

“Jadi yang akan jadi penentu adalah undi Orang Asli dan anak muda di sini dan kita lihat kempen saat akhir yang mana tumpuan kedua-dua pihak di kawasan Orang Asli, namun peluang lebih sukar buat calon Bersatu kerana 80% Orang Asli di Nenggiri bersama BN,” katanya kepada Scoop hari ini.

Beliau berkata, boikot dalam kalangan ahli Bersatu yang tidak berpuas hati apabila calon PAS ditampilkan turut dilihat akan memberi kesan kepada undi Perikatan Nasional (PN).

“Dalam PN pun ada masalah dari segi kerjasama, malah PAS pun ‘cakap tak serupa bikin’ apabila lebih sanggup mendesak ahlinya menyertai Bersatu semata-mata untuk jadi calon, sedangkan dalam PAS ada sumpah laknat untuk ahlinya.

“Rakyat melihat dan memerhati tindak tanduk parti itu dan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada PN dalam PRK ini,” katanya.

Sementara itu penganalisis politik, Prof Madya Mazlan Ali berkata, pendekatan BN yang memfokuskan ceramah kelompok dan berjumpa pengundi lebih berkesan berbanding ceramah besar besaran oleh PN.

“Memandangkan DUN Nenggiri adalah kawasan kampung, pendekatan BN dan Umno untuk bertemu seramai mungkin pengundi dari rumah ke rumah itu lebih efektif dan memberi kelebihan untuk mereka merampas kembali DUN itu.

“Kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beberapa kali sepanjang tempoh berkempen sedikit sebanyak memberi kelebihan dan diyakini mampu menarik undi.

“Malah, Timbalan Perdana Menteri juga memaklumkan akan menyelesaikan isu pemilikan tanah membabitkan peserta dan peneroka Kesedar. Perkara ini yang dinantikan penduduk sejak sekian lama,” katanya.

Penganalisis politik, Prof Madya Mazlan Ali berkata, pendekatan BN yang memfokuskan ceramah kelompok dan berjumpa pengundi lebih berkesan berbanding ceramah besar besaran oleh PN. – Gambar fail, 15 Ogos, 2024

Selain itu beliau berkata, dengan tempoh berkempen berbaki sehari lagi, isu tempatan dilihat jelas mendominasi walaupun PN turut menyentuh isu penyasaran subsidi diesel dan kenaikan kos sara hidup.

“Boleh dikatakan persaingan isu antara PN dan BN agak sengit berbanding di PRK Sungai Bakap.

“BN lebih banyak menjadi barisan pertahanan dan menjawab pertuduhan daripada pihak lawan.

“Namun di PRK Nenggiri, BN turut bijak mencungkil isu selain menjawab dakwaan yang dibuat oleh pihak lawan menerusi ceramah mereka yang diadakan setiap malam.

“Namun, serangan terhadap kedua-dua calon tidak berlaku sebagaimana di Sungai Bakap, sebaliknya serangan hanya berlaku membabitkan pimpinan parti masing-masing,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) yang lalu, BN berjaya memenangi kerusi DUN Nenggiri dengan jumlah undi sebanyak 5,506 menewaskan calon PAS dengan majoriti sebanyak 461 undi.

Namun kerusi ini tidak berjaya dipertahankan dalam PRN tahun lalu apabila BN tewas kepada calon PN dengan majoriti 810 undi. – 15 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related