Malaysia mampu hadapi risiko kemelesetan ekonomi AS: Tengku Zafrul

Bagaimanapun negara juga perlu bersedia untuk menghadapi situasi buruk termasuk memberi fokus kepada industri yang berdaya tahan

11:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz optimis dengan keupayaan ekonomi Malaysia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), bersandarkan pencapaian semasa negara.

Beliau berkata, walaupun AS menunjukkan kadar pengangguran yang meningkat, petunjuk ekonomi negara termasuk kadar inflasi yang terkawal dan unjuran pertumbuhan negara bagi suku kedua sebanyak 5.8% telah memberi sokongan yang baik.

Bagaimanapun, katanya negara juga perlu bersedia untuk menghadapi situasi buruk termasuk memberi fokus kepada industri yang berdaya tahan.

“Bagi kita, sebagai sebuah ekonomi yang terbuka dengan nisbah perdagangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 130%, kita perlu memastikan ekonomi kita adalah ekonomi yang pelbagai, bukan sahaja dari segi produk dan KDNK, malah pasaran, ” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Pertemuan Konsultasi Kebangsaan mengenai Perdagangan Hijau, anjuran Khazanah Research Institute serta Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Ketika ditanya sekiranya keadaan di AS semakin buruk justeru memberi kesan kepada pelan Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) yang diumumkan baru-baru ini, beliau berkata, NSS adalah program bersifat jangka panjang sehingga 2030.

“Sekiranya ada kejutan luaran, kita perlu bersedia. Namun jangan lupa ia sasaran jangka panjang, pasti akan ada turun naik dan akan tetap bergerak ke atas. Kita memberi fokus kepada industri berdaya tahan dan industri semikonduktor yang dilihat agak berdaya tahan.

“Keadaan ini memandangkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) akan terus berkembang dan memerlukan cip mikro, tenaga, pusat data dan sebagainya. Oleh itu, ia tidak akan banyak terjejas, malah akan menjadi satu keperluan seperti air dan elektrik,” katanya. 

Terdahulu, Tengku Zafrul dalam ucapannya berkata, pembiayaan hijau perlu diperluaskan kepada semua syarikat di Malaysia, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memupuk perkembangan industri  dan perdagangan hijau. 

Menurutnya industri besar seperti syarikat multinasional dan syarikat tempatan yang besar tidak menghadapi masalah dari segi kewangan.

“Bagaimanapun, PKS memerlukan sokongan kewangan untuk memastikan mereka dapat memenuhi syarat-syarat ketat yang akan datang, khususnya apabila ingin mengeksport produk ke pasaran luar,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sedang berbincang dengan pelbagai pihak, termasuk sektor kewangan dan perbankan untuk memberikan lebih tumpuan kepada pinjaman yang menyokong syarikat-syarikat berkenaan.  – 12 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related