Dakwa DAP ‘kafir harbi: Adakah agama boleh dipermainkan semasa pilihan raya, soal DAP Kelantan

“Apakah kerana mereka sebuah parti yang dilabel parti Islam boleh mengata kepada orang yang luar daripada parti mereka."

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keengganan PAS dan Perikatan Nasional (PN) memohon maaf berhubung dakwaan DAP ‘kafir harbi’ yang dibuat oleh salah seorang ahlinya telah mencetuskan persoalan adakah agama boleh dipermainkan semasa pilihan raya.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi DAP Kelantan, Datuk Azaha Abdul Rani berkata, ia adalah sesuatu yang melampau batas agama apabila menuduh orang Islam yang menganggotai mana-mana parti selain PAS sebagai kafir harbi.

Jelasnya, DAP Kelantan amat kecewa dengan kenyataan ahli PN itu apatah lagi sebahagian ahli DAP Kelantan adalah orang Melayu.

“Untuk berkempen, bukan itu caranya, bukan semua orang boleh terima apa yang dikata itu. Orang Islam pun tak suka… kempenlah secara berhemah bukan bermain sentimen agama.

“Kita bebas untuk masuk mana-mana parti yang kita suka, namun parti adalah parti, agama tetap saya junjung kerana itu anutan saya,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, DAP menggesa individu yang mengeluarkan kenyataan parti itu ‘kafir harbi di Malaysia’ pada satu program ceramah PN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri supaya memohon maaf.

Tuntutan itu dibuat menerusi kenyataan bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman, dengan individu terbabit dipercayai menjadi pengerusi pada majlis berkenaan.

Pengerusi DAP Kelantan, Datuk Azaha Abdul Rani berkata, menuduh orang Islam yang menganggotai mana-mana parti selain PAS sebagai kafir harbi adalah sesuatu yang melampau batas agama. – Gambar Jabatan Penerangan, 10 Ogos, 2024

Susulan itu Pengarah Operasi Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada keperluan untuk PAS memohon maaf kepada DAP kerana perkara itu dibuat atas kapasiti peribadi, bukan pendirian parti.

Beliau berkata, PN juga sudah merehatkan sementara individu itu selama tiga hari dari pentas ceramah pada kempen PRK berkenaan bagi ‘menyejukkan’ keadaan.

Mengulas lanjut, Azaha berkata, kenyataan biadap pengacara majlis yang juga ahli PAS itu dengan mendakwa DAP sebagai ‘kafir harbi’ wajar dikenakan tindakan tegas kerana menyentuh isu 3R iaitu agama, kaum dan institusi raja.

“Apakah kerana mereka sebuah parti yang dilabel parti Islam boleh mengata kepada orang yang luar daripada parti mereka.

“Apakah mereka tidak sedar dalam PN juga ada Gerakan yang ratanya berbangsa Cina. Dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga ada bangsa lain, tidak pula mereka kata itu kepada ahli mereka sendiri

“Apakah kerana undi yang mereka perlukan hingga memanggil kafir harbi kepada sesuatu golongan tententu sahaja tapi tidak golongan mereka sendiri?, soalnya.

Sementara itu Pemuda Harapan Kelantan sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang, hari ini berkaitan dakwaan kafir harbi itu dan meminta supaya pihak berkuasa menyiasat kenyataan terbabit di bawah Seksyen 298A.

Ketua Pemuda DAP Gua Musang, Nor Amin Shafiq Ismail berkata, ia adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab serta merbahaya apabila agama dijadikan sebagai alat politik.

“Dalam video tersebut, saya mendapati individu bernama Zamri Zahari yang merupakan anggota PAS Bachok telah menggelar dan mendakwa DAP sebagai kafir harbi dan merancang menguasai Malaysia dengan bantuan sebahagian pemimpin Umno.

“Kenyataan ini merupakan satu tindakan politik kafir mengkafir yang boleh merosakkan perpaduan dan mengancam keharmonian negara yang dibina atas dasar toleransi dan hormat-menghormati,’’ katanya.

Dalam pada itu, difahamkan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan membuat laporan polis terhadap individu-individu yang menuduh DAP sebagai ‘kafir harbi’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi esok. – 10 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related