Tiada kesan dadah dalam vape dihisap pelajar ditemui tidak sedarkan diri

Pelajar itu masih menerima rawatan di hospital dan keadaannya stabil, tetapi ada kalanya dia diserang sawan

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengesahkan tiada bahan terlarang dan kesan dadah ditemui dalam rokok elektronik atau vape dihisap seorang pelajar Tingkatan Empat di Kemaman, yang tidak sedarkan diri selepas dipercayai menggunakan alat itu bulan lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, ini berdasarkan laporan keputusan analisis diterima daripada Jabatan Kimia, Selasa lepas.

Menurutnya, berdasarkan laporan itu, tiada kesan dadah atau bahan terlarang lain ditemui dalam tubuh remaja berusia 16 tahun itu.

“Saya dah terima laporan daripada Jabatan Kimia dan keputusannya negatif. Maknanya tidak ada kesan dadah dalam tubuh pelajar itu dan tidak ada kes yang kita boleh sabitkan kesalahan.

“Pelajar itu masih terima rawatan di hospital dan keadaannya stabil, tetapi ada kalanya dia diserang sawan dan itu tugas doktor untuk kenal pasti punca penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Terengganu di perkarangan Wisma Persekutuan, di Kuala Terengganu, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairi berkata, pihak polis akan memperketat pemantauan di kedai rokok elektronik bagi membanteras penjualan jenis magic mushroom.

Seterusnya, beliau berkata, walaupun rampasan dan tangkapan berkaitan kes itu masih kecil dan melibatkan kes terpencil, pihaknya tetap memandang serius dan mempertingkat pemeriksaan.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Kemaman, Terengganu, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di pekarangan sekolahnya, dipercayai akibat menghisap vape jenis ‘magic mushroom’ berlebihan dalam kejadian bulan lalu.

Susulan situasi cemas itu, pelajar terbabit dihantar mendapatkan rawatan perubatan segera, sebelum dirujuk ke unit kecemasan Hospital Kemaman.

Menurut maklumat sumber, mangsa dikatakan mengalami kesan teruk akibat daripada pengambilan alat berkenaan. – 8 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related