Laporan Tesla batal bina kilang di Asia Tenggara bukan cerminan pembaharuan Miti

Miti juga menekankan bahawa laporan berita tersebut bukanlah kenyataan rasmi daripada Tesla tetapi memetik sumber yang tidak dinamakan

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengilang kenderaan elektrik (EV) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Tesla Inc dilaporkan membatalkan rancangan untuk membina kemudahan pembuatan di Asia Tenggara tidak mempunyai kaitan dengan inisiatif berterusan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti).

Jurucakap kementerian itu berkata, tindakan Tesla yang dikatakan hanya akan menumpukan kepada pengukuhan ekosistem stesen pengecasan di rantau ini, seperti dilaporkan oleh agensi berita Thailand, kelmarin boleh menjadi ‘keputusan komersial’ syarikat multinasional itu berhubung operasi globalnya.

“(Langkah yang didakwa) tidak mencerminkan pembaharuan industri dan landskap pelaburan lebih baik yang telah diusahakan oleh Miti dan agensinya sejak Disember 2022,” katanya.

Mereka juga menekankan bahawa laporan berita tersebut bukanlah kenyataan rasmi daripada Tesla tetapi memetik sumber yang tidak dinamakan.

“Pengesahan mengenai laporan itu perlu datang dari Tesla,” katanya.

Memetik laporan daripada akhbar Thailand, The Nation berdasarkan sumber kerajaan Thailand, Tesla tidak akan membina kemudahan pembuatan EV sama ada di Thailand, Malaysia dan Indonesia.

“Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan kilang itu digantung di seluruh dunia.

“Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia atau di mana sahaja kecuali China, AS dan Jerman,” sumber itu.

Bagaimanapun, diketahui bahawa Tesla belum komited secara rasmi untuk membina sebuah kilang di Malaysia.

Pada Julai tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi sebahagian daripada pelaburan berskala besar daripada Tesla.

Anwar juga berkata, puluhan ribu peluang pekerjaan mahir bakal direalisasikan menerusi pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman Testa di Cyberjaya serta kerjasama di Petaling Jaya, Selangor.

Sehingga berita ini ditulis, Tesla masih belum mengeluarkan maklum balas rasmi terhadap dakwaan mengenai rancangan pembatalan pembinaan kemudahan pembuatan EV di mana-mana negara Asean. – 8 Ogos 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related