Kes culik Albertine: Suspek tiba di mahkamah untuk pendakwaan

Lelaki itu adalah suspek kelima yang diberkas susulan kes penculikan Albertine, selepas empat individu lain ditahan polis pada 22 Julai dan 23 Julai lalu, berhubung kes sama

9:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek penculikan kanak-kanak perempuan, Albertine Leo Jia Hui, 6, tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pagi ini, bagi proses pertuduhan membabitkan kes itu.

Lelaki berumur 31 tahun itu yang mengenakan kemeja-t, berseluar jeans biru pendek dan tangan bergari, tiba pada kira-kira jam 8 pagi dengan menaiki kenderaan polis dan diiringi beberapa anggota.

Dia dilihat hanya menundukkan kepala ketika dibawa masuk ke ruang mahkamah semasa foto dan videonya dirakam petugas media.

Menerusi kenyataannya semalam, Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, suspek menghadapi pertuduhan itu selepas dua kertas siasatan berhubung kes terbabit, dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan pertuduhan.

Lelaki itu adalah suspek kelima yang diberkas susulan kes penculikan Albertine, selepas empat individu lain ditahan polis pada 22 Julai dan 23 Julai lalu, berhubung kes sama.

Penahanannya dibuat polis pada jam 4.45 pagi, 23 Julai lalu di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor yang menyaksikan kanak-kanak itu berada bersamanya, sebelum suspek direman tujuh hari dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh terbabit.

Ahad lalu, suspek kelima itu ditahan semula dan direman enam hari hingga Sabtu ini, susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediamannya di Kulai.

Empat suspek lain berusia 28 hingga 55 tahun yang ditahan sebelum ini, direman empat hari hingga 26 Julai lalu.

Semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan tempoh reman tidak disambung.

Albertine disedari hilang oleh bapanya pada kira-kira jam 8.30 malam, 20 Julai lalu ketika berada di sebuah pusat beli-belah di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri.

Dia dikatakan memakai baju T berwarna putih tertera gambar ‘Mickey Mouse’ di dada dan berseluar pendek, dengan memiliki ketinggian kira-kira 120 sentimeter, berambut panjang warna hitam, berkulit cerah serta tubuh sederhana kurus.

Susulan laporan polis dibuat bapa mangsa pada tengah malam 21 Julai lalu, polis berusaha menjejaki kanak-kanak itu di seluruh negara, dengan kerjasama media dan masyarakat.

Kes itu turut diklasifikasikan semula daripada kehilangan kepada melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah. – 8 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Related