Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat

3:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN).

Pendedahan itu dibuat Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

“Terima kasih Mohamed Nazri kerana ajak saya dan belanja saya makan hari ini. Terima kasih juga kerana menjadi ahli MN dan memberi dukungan kuat kepada NGO MN,” katanya.

Menurut Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), MN kekal sebagai sebuah NGO dan keanggotaannya terbuka kepada semua dan merentasi kepartian, kaum, agama dan budaya.

“MN mengutamakan nilai kesederhanaan dan kasih sayang, perpaduan yang bertunjangkan perpaduan peribumi (Melayu dan kaum Bumiputera) serta saling menghormati dalam konteks masyarakat berbilang bangsa,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Mohamed Nazri dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) kerana mempunyai pengalaman yang luas sebagai anggota pentadbiran negara.

Menurut Kementerian Luar Negeri (KLN), beliau yang juga merupakan graduan Lincoln’s Inn di United Kingdom pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri juga berpengalaman mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dari 1999 hingga 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) (2004 hingga 2013) serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (2013 hingga 2018). – 7 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Cyberbullying: timely intervention wise as cases on the rise

As social media becomes increasingly popular, criminology expert notes its ‘dark side’ which exposes people to several crimes and vouches for regulation

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related