Kes pencatutan kecil, terkawal selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel

Sehingga kelmarin, KPDN membuat pemeriksaan terhadap 24,666 premis perniagaan di seluruh Malaysia dan menerima 83 aduan awam terkait isu kenaikan harga barang serta perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel

4:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah kes membabitkan isu pencatutan adalah kecil dan terkawal secara keseluruhan di seluruh negara, selepas penyasaran subsidi diesel dilaksanakan sejak 10 Jun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, keadaan berkenaan membuktikan tahap pematuhan dalam kalangan sebahagian besar peniaga adalah baik.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menghargai komitmen komuniti perniagaan yang tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel.

“Pada masa sama, KPDN akan terus memperkasa pemantauan di semua peringkat melalui Ops Kesan 2.0.

“Maklum balas awam adalah amat dialu-alukan,” katanya menerusi kenyataan.

Armizan berkata, hingga kelmarin, KPDN membuat pemeriksaan terhadap 24,666 premis perniagaan di seluruh Malaysia.

Ujarnya, dalam tempoh terbabit, KPDN juga menerima 83 aduan awam terkait isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel.

Manakala, katanya, sebanyak 244 notis bertulis dikeluarkan Bahagian Penguat Kuasa KPDN di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP).

“Daripada jumlah terbabit, setakat ini 10 kertas siasatan sudah dibuka untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Ops Kesan 2.0 dilaksanakan sebagai persiapan memastikan tidak berlaku elemen pencatutan terhadap harga barang dan perkhidmatan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Langkah itu adalah kesinambungan kepada Ops Kesan 1.0 yang dilaksanakan bagi memantau kesan pelaksanaan kenaikan Cukai Perkhidmatan pada 1 Mac lalu. – 6 Ogos,

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related