PN ketandusan modal, guna isu kerjasama Umno-DAP raih undi Melayu di Nenggiri: Calon BN

Beliau juga tiada halangan sekiranya pemimpin DAP datang membantu kempennya di Nenggiri

12:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menyifatkan isu kerjasama Umno dan DAP hanya persepsi yang cuba dimainkan parti lawan yang ketandusan ‘modal’ bagi meraih undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Bercakap kepada Scoop, beliau berkata, menangkis persepsi itu menjadi cabaran buat dirinya dalam usaha memenangi hati pengundi di Nenggiri.

“Saya tidak gentar pun dengan isu Umno-DAP dimainkan pihak lawan, mereka pun ketandusan modal.

“Bagi saya isu ini hanyalah persepsi dan itu yang cuba mereka ulangi selepas digunakan di Sungai Bakap dan Kuala Kubu Baharu (KKB) sebelum ini.

“Saya sebagai calon fokus dan tanggungjawab adalah untuk memenangi hati pengundi dan perlu meyakinkan mereka serta memanfaatkan tempoh 14 hari berkempen ini dengan sebaik-baiknya,” katanya hari ini.

Selain itu, beliau juga tiada halangan sekiranya pemimpin DAP datang membantu kempennya di Nenggiri.

“Saya tiada hak untuk menolak sekiranya ada pemimpin parti itu sanggup turun padang dan datang membantu dalam kempen.

“Ini negara demokrasi, kita tiada hak untuk halang sesiapa sahaja untuk datang. Mana-mana pemimpin boleh datang dan bantu kempen.

“Lagipun saya rasa mereka (DAP) lebih faham dengan keadaan di Nenggiri ini apabila 87% adalah pengundi Melayu. Kita tak ada halangan (pemimpin DAP) nak datang bantu kempen.

“Mana tahu ianya memberi kelebihan, kita tak tahu, kita berusaha selebihnya kita serah kepada Allah SWT. Saya terima secara terbuka kita tak boleh sekat sesiapa untuk datang berkempen, itu sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Pilihanraya BN di Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan meminta pemimpin DAP menjauhkan diri daripada berkempen di Nenggiri dengan alasan demografi kawasan itu adalah majoriti Melayu.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu dilaporkan mendakwa, ucapan pemimpin DAP sentiasa berpaksikan kepentingan masyarakat Cina.

PRK DUN Nenggiri yang akan berlangsung pada 17 Ogos ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Azmawi dengan calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail. – 5 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related