Kes baling batu: Suspek normal, direman 3 hari

Namun, lelaki warga tempatan itu akan dibawa ke HKL untuk pemeriksaan

2:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dipercayai membaling batu ke arah sebuah kereta di Jalan Imbi, di sini semalam, direman tiga hari hingga Selasa ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din berkata, penahanan suspek adalah untuk membolehkan dia membantu siasatan kes terbabit.

“Suspek direman selama tiga hari mulai 4 hingga 8 Ogos.

“Siasatan lanjut masih berjalan,” katanya menerusi kenyataan dengan memaklumkan siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Nuzulan berkata, suspek adalah normal namun dia akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Semalam, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi memberkas suspek berusia 55 tahun di kawasan berdekatan stesen monorel berkenaan pada kira-kira jam 17.30 petang.

Terdahulu, polis menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki warga tempatan kelmarin, pada kira-kira jam 5 berhubung kejadian melempar batu di Stesen Monorel Imbi.

Kejadian itu didedahkan mangsa, Hui Min Chia menerusi perkongsian di media sosial, dengan memaparkan gambar kenderaan yang ketika itu dinaiki dia dan teman lelakinya rosak, akibat dibaling batu oleh suspek.

Insiden pada kira-kira jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari itu berlaku ketika mereka melalui laluan Stesen Monorel Jalan Imbi.

Mereka kemudian memberhentikan kereta sebelum mendapati keseluruhan cermin belakang kereta mereka pecah akibat dilempar batu besar.

Wanita itu berkata, teman lelakinya memberhentikan kereta sebelum melihat seorang lelaki dipercayai kurang siuman membaling batu besar terbabit. – 4 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

[UPDATED] ASB 2 dividend hits 5.25 sen, ASM at 4.75 sen per unit

Amanah Saham Bumiputera 2 dividend stands at 5.25 sen per unit, while Amanah Saham Malaysia is at 4.75 sen per unit for the financial year ending March 31, 2024.

Related