PRK Dun Nenggiri: Setia kepada PAS atau Bersatu? Rizwadi beri ‘jawapan selamat’

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut memaklumkan keputusan meletakkan Rizwadi tanda ikatan akrab PAS dan Bersatu dalam PN

2:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail menegaskan beliau bekerja untuk Perikatan Nasional (PN) dan kesetiaannya hanya kepada gabungan itu.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang itu memberi ‘jawapan selamat’ ketika ditanya mengenai sama ada kesetiaannya kepada PAS atau Bersatu selepas terpaksa akur menyertai Bersatu dua hari sebelum pengumuman calon PN dibuat.

“Saya bekerja kepada PN, saya tetap dengan PN sebab di sana jelas ada organisasinya, ada pimpinannya.

“Saya akan tumpukan kepada isu kebajikan dan kemasyarakatan di Nenggiri,” katanya pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau.

Ahmad Faizal yang kemudian mencelah memaklumkan keputusan meletakkan Rizwadi tanda ikatan akrab PAS dan Bersatu dalam PN.

“Biarpun saya Timbalan Presiden Bersatu, namun hari ini saya pakai baju PAS, (tanda) ikatan akrab, Bersatu adalah PAS, PAS adalah Bersatu dan kami adalah Perikatan Nasional,” katanya.

Sementara itu Tuan Ibrahim menjelaskan, Rizwadi adalah calon PN selaras dengan pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir PAS.

“Saya fikir, sebagai Adun dalam pentadbiran negeri banyak perkara boleh selaraskan dengan kerajaan negeri, dari segi penyaluran bantuan, pembangunan setempat dan sebagainya.

“Tumpuan (kempen calon) kepada soal kebajikan dan kemasyarakatan, isu berbangkit boleh bincang terus dengan kerajaan negeri, (jika dipilih) boleh manfaatkan kedudukan beliau sebagai Adun yang mentadbir selaras pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

PRK Dun Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan menamakan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai ‘ayam tambatan’ mereka untuk merampas kerusi Dun itu manakala PAS mempertaruhkan Mohd Rizwadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Dun Nenggiri diadakan pada 17 Ogos ini susulan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi, berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi. – 3 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related