Shamsul Anuar ketuai delegasi Malaysia ke pengebumian Ismail Haniyeh di Doha

Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan delegasi akan menyertai solat jenazah di Masjid Imam Muhammad in Abd al-Wahhab di Doha selepas solat Jumaat

9:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengetuai delegasi Malaysia ke Doha, Qatar bagi menghadiri pengebumian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, hari ini.

Wisma Putra memaklumkan, beliau akan diiringi Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dan pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Shamsul Anuar dan delegasi akan menyertai solat jenazah di Masjid Imam Muhammad in Abd al-Wahhab di Doha selepas solat Jumaat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, jenazah Ismail akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Founding Imam di bandar Lusail.

“Malaysia akan terus bersolidariti dengan ahli keluarga, kepimpinan dan rakyat Palestin,” katanya.

Tegasnya, penderitan dan pengorbanan rakyat Palestin yang tidak berbelah bahagi adalah epitome kehidupan Ismail yang memberikan keluarga, nyawa dan jiwanya dalam perjuangan untuk kebebasan, keamanan dan keadilan ke arah merealisasikan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka.

Hamas sebelum ini mengesahkan Ismail dan pengawal keselamatannya terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu di kediamannya di Tehran, kelmarin.

Ismail, 62, berada di Iran bagi menghadiri acara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian di Tehran, sehari sebelum itu.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu tetapi ia disyaki dilakukan tentera Israel, yang berikrar untuk membunuh Ismail dan pemimpin Hamas lain berhubung serangan kumpulan itu pada 7 Oktober lalu. – 2 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

No call with Trump? PM Anwar has better things to do: Nazri

Former envoy slams US obsession, says Malaysia shouldn’t grovel and should prioritise China, Russia, India, and Türkiye

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 tahun old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related