PMO kecam Meta sekali lagi turunkan hantaran Anwar bertemu pemimpin Hamas

Pejabat Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook hari ini berkata tindakan itu ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara itu

4:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri mengecam tindakan pihak Meta Platforms Inc (Meta) yang sekali lagi menurunkan hantaran gambar perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar daripada aplikasi Instagram, semalam.

Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook hari ini berkata tindakan itu ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara itu.

“Sehubungan itu pihak kami menuntut penjelasan berhubung perkara ini, dan mendesak Meta memohon maaf,” menurut kenyataan itu yang turut dikongsikan pada akaun media sosial rasmi Perdana Menteri.

Perdana Menteri pada 14 Mei lepas berkongsi gambar pertemuan bersama pemimpin Hamas termasuk Ismail Haniyeh di media sosial rasmi beliau, namun Meta bertindak menurunkan hantaran itu tidak lama kemudian. 

Tindakan itu dikecam, sehingga Meta bertindak memuat naik semula hantaran berkenaan. 

Pejabat Perdana Menteri turut memuat naik tangkap layar hantaran Instagram rasmi Anwar yang dipadam semalam, yang antaranya memaklumkan selain menzahirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Ismail yang terkorban dalam pengeboman kejam rejim Zionis ketika pertemuan itu, Perdana Menteri menerima taklimat terkini situasi getir di Gaza dan Rafah yang semakin menggusarkan.

Dalam hantaran itu Anwar menegaskan bahawa Malaysia akan terus komited memainkan peranannya di peringkat antarabangsa bagi menghentikan serangan ke atas Rafah, sementelahan menggerakkan ikhtiar yang lebih tangkas bagi membantu mangsa peperangan Gaza khususnya dalam aspek bantuan kemanusiaan, perubatan dan pendidikan.

Perdana Menteri turut menyatakan menerusi hantaran itu bahawa Malaysia menghargai kesediaan Hamas membebaskan tahanan khususnya kanak-kanak dan wanita serta menerima pelan damai dunia Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan masyarakat antarabangsa.

Dalam masa sama, Anwar berkata Malaysia mendesak Israel menghentikan pembantaian ke atas rakyat Palestin, membebaskan semua tahanan rakyat Palestin dan bersetuju dengan pelan perdamaian. – 31 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related