Tak kisah dilabel ‘calon pajak’ di Nenggiri, Rizwadi akur keputusan pucuk pimpinan PN

Difahamkan, Rizwadi dikatakan baru menyertai Bersatu dua hari sebelum diumumkan sebagai calon

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon Bersatu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail tidak kisah sekiranya dilabel sebagai ‘calon pajakan’.

Bercakap kepada Scoop, bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang itu berkata, beliau perlu akur dengan arahan dan keputusan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN).

“Pada saya itu (soal calon dari PAS atau Bersatu) bukan satu masalah atau gangguan untuk kempen kami nanti.

“PAS dan Bersatu, kita di bawah bumbung PN, kita ada organisasi dan pimpinan atasan, jadi keputusan ini keputusan pimpinan PN. Kita yang di bawah ini terima sebulat suara keputusan itu.

“Saya sendiri pun apabila tahu perlu jadi calon, saya akur arahan dan keputusan pimpinan itu, apa pihak lawan atau orang luar nak kata mahu pun nak label ‘calon pajak’ ke, biarlah, tak jadi masalah pun, sebab kita satu gabungan,” katanya hari ini.

Selepas beberapa nama calon disebut, PN mengumumkan beliau untuk bertanding pada PRK DUN Nenggiri.

Difahamkan, Rizwadi dikatakan baru menyertai parti terbabit dua hari sebelum diumumkan sebagai calon.

Rizwadi, 41, yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan bertanding sebagai calon Bersatu, namun menggunakan logo PAS pada PRK 17 Ogos ini.

Pemilihan Rizwadi mendapat kritikan beberapa pihak yang menyifatkan Bersatu ketandusan calon, hingga terpaksa mengambil ahli PAS menyertai parti itu.

Malah, pemilihan bekas Ketua Pemuda PAS Gua Musang itu, dikatakan dibuat pada saat akhir berbanding dua nama sebelum ini yang disebut-sebut, iaitu Sheikh Razali Hamad dan Sun Najaman Muhamad.

Bekas wakil rakyat Bersatu di Dun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim turut mempertikaikan tindakan parti itu menamakan Rizwadi, dengan menunjukkan ia strategi lapuk Bersatu yang ketandusan idea untuk memperkasakan parti.

Namun, Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor mempertahankan keputusan itu yang dikatakan tidak patut menjadi isu walaupun Rizwadi baharu menyertai Bersatu.

Dalam pada itu, Rizwadi atau lebih mesra dipanggil Ustaz Wadi berkata, beliau yakin PN mampu mengekalkan kerusi DUN Nenggiri.

“Kita yakin boleh menang di sini, cuma kelebihan kepada pihak lawan akan menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen seperti Kesedar, Felda

“Itu tidak mengapa, kerana kita tahu apa yang rakyat hendak sekarang ini, kita tahu mereka akan tolak kerajaan sekarang,” katanya.

Menurutnya, isu nasional yang dibawa di Sungai Bakap akan diteruskan di Nenggiri untuk rakyat yang sangat terkesan dengan bebanan kos hidup tinggi.

“Rakyat kena buktikan mereka tidak setuju dengan kerajaan sekarang yang terlalu menekan,” katanya. – 31 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related