Strategi Bersatu pertaruh Mohd Rizwadi langkah sumbang, ramai calon lebih layak di Gua Musang, kata Mohd Azizi

Bekas wakil rakyat Bersatu, Mohd Azizi Abu Naim menasihati pengundi Nenggiri agar tidak memberi undi mereka kepada calon PN yang secara jelas menipu rakyat

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas wakil rakyat Bersatu, Mohd Azizi Abu Naim mempertikaikan tindakan parti itu menamakan bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon Bersatu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, bulan depan.

Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri itu, tindakan tersebut seolah-olah menunjukkan ia strategi lapuk Bersatu yang ketandusan idea untuk memperkasakan parti berkenaan.

“Sebenarnya calon Bersatu tersebut adalah bekas ahli PAS. Ini adalah salah satu bukti pimpinan Bersatu Pusat dan Kelantan memusnahkan keseluruhan pimpinan, jentera dan ahli Bersatu Gua Musang.

“Saya tak terkejut dengan tindakan itu kerana saya lebih awal tahu strategi Pengerusi Bersatu Kelantan (Datuk Kamaruddin Md Noor) sanggup menjual maruah Bersatu Gua Musang demi kepentingan peribadi dan kedudukan beliau dalam Exco Kelantan,” katanya kepada Scoop.

Tegas beliau, terdapat ramai calon lebih layak dalam Bersatu Gua Musang yang boleh dipertaruhkan untuk mempertahankan kerusi Nenggiri berbanding Mohd Rizwadi.

Mohd Azizi Abu Naim tidak terkejut dengan tindakan itu kerana lebih awal tahu strategi Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor sanggup menjual maruah Bersatu Gua Musang demi kepentingan peribadi dan kedudukan beliau dalam Exco Kelantan – Gambar Facebook, 30 Julai, 2024

“Sebenarnya dalam Bersatu Gua Musang, ramai calon yang jauh lebih layak dan mampu menang berbanding dengan calon yang baru diisytiharkan (Mohd Rizwadi) semalam.

“Saya yakin semua strategi Bersatu Pusat lakukan ini adalah langkah sumbang yang akan membawa kepada kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada PRK Nenggiri.

“Bagaimanapun ia satu berita baik untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan – Barisan Nasional (PH-BN) di sana nanti,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Azizi menasihati pengundi Nenggiri agar tidak memberi undi mereka kepada calon PN yang secara jelas menipu rakyat di kawasan terbabit.

“Saya harap pengundi Nenggiri membuat keputusan terbaik supaya tidak menjadi mangsa manipulasi pimpinan PN Kelantan yang tidak pernah ada perancangan untuk membantu penduduk di kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan akan membantu kempen calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dalam usaha merampas kembali kerusi tersebut pada 17 Ogos ini.

Terdahulu, tersebar surat pemberhentian sebagai ahli PAS dipercayai milik Mohd Rizwadi yang diumumkan sebagai calon PN bagi PRK DUN Nenggiri.

Menerusi surat tersebar di aplikasi WhatsApp itu, tarikh pemberhentian Mohd Rizwadi sebagai ahli PAS adalah pada 28 Julai 2024.

Surat permohonan keluar dari parti itu dipercayai demi menjadi calon Bersatu pada PRK Nenggiri, 17 Ogos ini.

Surat tersebut kemudiannya diterima dan diluluskan pada tarikh sama oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. – 30 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related