Ku Li tak perlu heboh jika tidak mahu DAP bantu di Nenggiri: Pengerusi DAP Kelantan

Sebagai veteran politik, Tengku Razaleigh sepatutnya menggunakan kematangannya dengan memanggil pimpinan parti komponen Kerajaan Perpaduan untuk berunding

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – DAP Kelantan mendakwa tidak pernah langsung dipanggil Tengku Razaleigh Hamzah untuk berbincang berkait hala tuju kempen calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi DAP Kelantan, Datuk Azaha Abdul Rani berkata, sebagai veteran politik, Tengku Razaleigh atau Ku Li sepatutnya menggunakan kematangannya dengan memanggil pimpinan parti komponen Kerajaan Perpaduan untuk berunding, bukannya membuat kenyataan yang tidak perlu.

“Tak payah heboh, kalau rasa tak perlu (DAP) panggil sahaja pimpinan negeri, beritahu. Panggil pemimpin parti adakan mesyuarat dalaman, kalau kata tak perlu, peringkat dalaman boleh tahu, mereka masing-masing akan faham.

“Sehingga kini memang tidak pernah ada perbincangan, tidak dipanggil lagi setakat hari ini (sedangkan) Umno dan BN pun sekali dalam Kerajaan Perpaduan, mungkin kata-kata Ku Li tak cerminkan pendirian Umno Pusat, mungkin dia tersasul, tersilap, tak tahulah.

Pengerusi DAP Kelantan, Datuk Azaha Abdul Rani berkata, DAP sebagai parti komponen kerajaan juga mempunyai peranan di Nenggiri biarpun terdapat alasan bantuan parti itu tidak diperlukan kerana Nenggiri majoriti kawasan Melayu – Gambar laman web DAP, 28 Julai, 2024

“DAP tidak ada hal, untuk turun bantu (di Nenggiri), kita sebuah parti lama, matang dari segi sepak terajang politik, bukan sahaja dengan parti pembangkang tetapi dalam kerajaan sendiri memang ada kenyataan politik yang tidak menyenangkan pihak tertentu, tapi kita matang.

“Walaupun ramai pimpinan DAP kecewa dengan ucapan Ku Li itu, tapi kita faham, (mungkin) stress sebagai pengarah pilihan raya Umno di situ. Dia pun tewas di Gua Musang, jadi mungkin tidak mahu perkara sama berulang kepada calon parti dia,” katanya hari ini.

Menurut Azaha, DAP sebagai parti komponen kerajaan juga mempunyai peranan di Nenggiri biarpun terdapat alasan bantuan parti itu tidak diperlukan kerana Nenggiri majoriti kawasan Melayu.

“Di Nenggiri, betullah Melayu, tapi bukan 100%. Orang Asli, tak pernah kata mereka Melayu. Mereka juga mahu kepentingan dijaga, terutama tanah adat mereka. Kita pun dah lama dengan gaya dan cara Orang Asli ini, sebab itu kita nak membantu, tak lebih daripada itu, atas dasar duduk dalam satu gabungan.

“Perlu diingat, di Dun Galas, tanpa orang Cina dan Orang Asli, tak mungkin BN menang. Begitu juga di Kota Lama, kalau tak ada orang Cina tak mungkin menang calon Amanah. Jadi kalau kata kawasan Melayu tentulah daripada strateginya, DAP akan turunkan pimpinan Melayu untuk bantu jentera.

“Bukan sahaja kempen, tapi ada bentuk-bentuk lain kita boleh bantu tarik pengundi dan juga untuk memastikan pengundi Orang Asli keluar mengundi, beza satu undi pun boleh menentukan menang atau kalah,” katanya.

Terdahulu, Tengku Razaleigh dilaporkan meminta pemimpin DAP menjauhkan diri daripada berkempen di Nenggiri dengan alasan demografi kawasan itu adalah majoriti Melayu.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu dilaporkan mendakwa, ucapan pemimpin DAP sentiasa berpaksikan kepentingan masyarakat Cina. – 29 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related