PRK Nenggiri: Saranan Ku Li tolak pemimpin DAP berkempen strategi berkesan menangkan calon BN

Tengku Razaleigh berbuat demikian adalah kerana untuk memberi kekuatan kepada Umno, memberi harapan kepada pengundi-pengundi Melayu di Nenggiri supaya mengundi Umno

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gesaan Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah agar DAP tidak turun berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dianggap strategi berkesan bagi memastikan kemenangan menjadi milik calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Bercakap kepada Scoop, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Azmi Hassan berkata, langkah itu dilihat bertepatan memandangkan majoriti pengundi di Nenggiri merupakan orang Melayu selain memberi mesej jelas, PRK kali ini memperlihatkan ‘pertembungan’ di antara calon BN dengan Bersatu atau Pas.

Penganalisis politik, Profesor Madya Azmi Hassan percaya, strategi ‘melarang’ pemimpin DAP berkempen di PRK Nenggiri tidak akan menjejaskan hubungan mereka dengan Umno. – Gambar Bernama, 28 Julai, 2024

“Saya bersetuju dengan strategi Tengku Razaleigh Hamzah kerana di Nenggiri majoritinya pengundi Melayu dan penyokong Pakatan Harapan (PH) tidak seberapa sangat (di sana).

“Tengku Razaleigh berbuat demikian adalah kerana untuk memberi kekuatan kepada Umno, memberi harapan kepada pengundi-pengundi Melayu di Nenggiri supaya mengundi Umno.

“Strategi yang diambil tidak akan menjejaskan hubungan Umno dengan DAP, kerana yang lebih penting di sini adalah (peluang) untuk (calon PH-BN) menang di Nenggiri,” katanya.

Bernada serupa, penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi yang berpendapat, saranan itu dibuat Tengku Razaleigh kerana beliau lebih memahami demografi serta isu penduduk setempat yang majoriti melibatkan pengundi Melayu.

Bagi penganalisis politik dari Universiti Malaya, Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi, sebagai orang lama di Kelantan, Tengku Razaleigh lebih memahami demografi serta isu penduduk setempat yang majoriti melibatkan pengundi Melayu. – Gambar Facebook, 28 Julai, 2024

“Ada rasionalnya apabila Tengku Razaleigh menyatakan pemimpin DAP tidak perlu hadir (berkempen) di Nenggiri sebab hampir keseluruhan di situ adalah pengundi Melayu.

“Beliau (Tengku Razeleigh) lebih memahami sentimen dan isu masalah orang Melayu (di Nenggiri) kerana berpuluh tahun pernah menjadi Ahli Parlimen di situ (Gua Musang), disebabkan itu (Tengku Razaleigh) percaya mampu meningkatkan atau memberikan kemenangan kepada DUN Nenggiri (dengan saranan DAP tidak turun berkempen),” katanya.

Terdahulu, Tengku Razaleigh dilaporkan meminta pemimpin DAP menjauhkan diri daripada berkempen di Nenggiri dengan alasan demografi kawasan itu adalah majoriti Melayu.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu dilaporkan mendakwa, ucapan pemimpin DAP sentiasa berpaksikan kepentingan masyarakat Cina. – 28 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related