Pasukan pembelaan pohon pinda nama Zayn Rayyan Zaim Ikhwan dalam kertas pertuduhan

Ibunya, Ismanira Abdul Manaf telah mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) beserta sijil lahir yang baharu mengesahkan perubahan itu

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan hari ini memohon Mahkamah Sesyen Petaling Jaya untuk meminda nama kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan bin Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan dalam kertas pertuduhan.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 29 dan Ismanira Abdul Manaf, 29, memaklumkan perkara itu kepada Hakim Syahliza Warnoh.

“Pada 4 Julai lalu, ibunya, Ismanira mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) beserta sijil lahir yang baharu mengesahkan nama Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.

“Mahkamah mengambil maklum tentang perkara ini dan pihak pembelaan akan mengesahkan pada tarikh akan datang bagi tujuan pindaan dalam pertuduhan,’’ katanya kepada media.

Pada 13 Jun lalu, Ismanira dan Zaim Ikhwan telah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Disember sehingga 9.55 malam, 6 Disember lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, peguam Mahmud Jumaat hari ini mengesahkan tidak lagi mewakili Ismanira dan mengakui kepada Scoop bahawa beliau bukanlah peguam yang sesuai untuk kes tersebut.

“Saya doakan keadilan akan bersama kita semua,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 18 September ini sebagai tarikh baharu sebutan semula kes terhadap Zaim Ikhwan dan Ismanira.

Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan semua dokumen berkaitan kes itu. – 26 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related